Semenjak Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi kebenaran kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Malaysia Football League (MFL) untuk melangsungkan kembali Liga Malaysia pada bulan lalu setelah terhenti selama lima bulan akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia itu telah menarik nafas lega kesemua pihak yang terbabit dalam industri bola sepak Malaysia.
Apabila kebenaran itu diumumkan MKN pihak MFL telah mengeluarkan satu standart procedur operasi (SOP) untuk dipatuhi oleh semua pasukan-pasukan yang bertanding semasa perlawanan dilangsungkan. Ini satu tindakan yang bijak daripada MFL apabila cepat bertindak untuk memberi penerangan dan menyampaikan syarat-syarat yang ditetapkan MKN untuk mencegah virus COVID-19 terus tersebar dan akan menimbulkan kluster baru dari kalangan pemain-pemain serta pegawai pasukan.
Tetapi selepas minggu pertama Liga Malaysia bersambung, namun ia amat mengejutkan apabila MFL telah mengeluarkan satu kenyataan yang begitu kecewa dengan segelintir pasukan-pasukan yang tidak mengikut SOP yang telah ditetapkan. Ini menunjukan kekuatiran MFL tentang pelanggaran syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MKN itu boleh mengganggu kelangsungan perjalanan liga yang sedang berlangsung itu. Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jangkitan COVID-19 pada setiap hari masih lagi berlaku walaupun banyak melibatkan kes-kes import. Dari statistik itulah yang membuatkan MFL berasa sedikit bimbang sekiranya boleh berlaku jangkitan dikalangan para pemain dan pegawai-pegawai pasukan.
Advertisement
Ini yang terjadi di liga-liga eropah dimana ramai pemain-pemain dijangkiti virus COVID-19. Untuk menghalang perkara ini terjadi dalam Liga Malaysia sebab itulah MFL sangat menekankan agar setiap pasukan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan MFL. Tetapi dari apa yang terjadi itu terus menunjukan sikap segelintir pegawai-pegawai pasukan yang ambil mudah dan alpa. Inilah yang sering terjadi dalam kalangan segelintir pegurusan pasukan bola sepak di Malaysia. Sampai bila perkara ini perlu terjadi sedangkan bola sepak kita sudah dianjurkan secara professional sejak awal tahun 90an lagi.
Sebagai pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk mengawal selia perlawanan, mereka perlulah melaksanakan dengan jujur dan amanah kerana dalam bola sepak nilai-nilai ini selalu ditekankan. Jadilah seorang petugas yang berpeggang pada perinsip agar menjadi contoh kepada generasi-generasi muda yang ingin jadikan bola sepak sebagai kerjaya mereka pada suatu hari nanti, tidak kiralah sebagai pemain atau pun pengurusan. Jadi dengarlah arahan MFL untuk memastikan kelangsungan Liga Malaysia.