Philippe Coutinho berpindah ke Barcelona untuk menang Liga Juara-Juara (UCL), sebaliknya Liverpool yang ditinggalkannya muncul juara.
Selepas satu setengah musim yang mengecewakan di Nou Camp, sangkanya The Reds akan sedia menyambutnya semula dengan tangan terbuka – ternyata dia tidak alu-alukan.
Bukan sekadar Barca diaibkan Liverpool dalam separuh akhir UCL, 8 Mei lalu, dalam laluan untuk muncul juara kali keenam, malah hasrat pemain berusia 26 tahun itu untuk menyambung kasih dengan The Kop lenyap dengan tertutupnya jendela perpindahan Liga Perdana Inggeris (EPL), tengah malam tadi.
Di sebalik bukan semua itu berada dalam kawalannya, namun Coutinho harus akur dengan nasib malangnya.
Dilaporkan bahawa Liverpool menamatkan sebarang ikhtiar untuk membawa pulang pemain berusia 27 tahun itu ke Anfield selepas dituntut yuran perpindahan £100 juta (RM508 juta).

Akhbar The Sun dalam laporan eksklusifnya mendedahkan angka itu didorong permusuhan kelab Catalan itu dengan Liverpool sedangkan mana-mana kelab lain yang berminat terhadap pemain itu hanya perlu melunaskan £65 juta (RM330juta).
Sebagai rekod, Coutinho berpindah menyertai Barca pada Januari 2018 dengan yuran perpindahan £145 juta (RM736.5 juta) – selepas pengurus, Jurgen Klopp, hilang sabar dengan pemain itu.
Andai disorot, ia bukanlah perpindahan yang menyenangkan hati peminat The Reds.
Malah, sedang Coutinho berkemas untuk ke kelab barunya itu pada Januari 2018, Liverpool mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai rasa tidak senangnya dengan perpindahan itu atas kepercayaan pemain itu telah dimanipulasikan.
Klopp, ketika ditanya dalam sidang akhbar menjelang perlawanan musim baru dengan Norwich semalam, seakan-akan mengakui kemungkinan kepulangan Coutinho hangat diperbincangkan.

Ditekan sama ada wujud kemungkinan Coutinho akan kembali sebelum jendela perpindahan ditutup, Klopp sekadar menjawab: “Tiada jawapan.”
Harus remuk hati Coutinho dengan harapannya kini berkecai.
Berlawanan dengan harapan besarnya satu setengah tahun lalu, tempohnya bersama Barcelona bukanlah sesuatu yang menggembirakan dengan hanya menjaringkan 21 gol dalam 75 perlawanan di Sepanyol.
Didatangkan sebagai pengganti Andres Iniesta, Coutinho terpaksa mengalah kepada Lionel Messi bagi posisi no. 10 untuk dia lebih beraksi di sebelah kiri yang gagal menyerlahkan keupayaannya.
Dalam pada itu, ura-ura perpindahannya ke Barcelona sejak lewat 2017, bukanlah sesuatu yang direstui Liverpool, dengan Klopp ketika itu dilaporkan hilang sabar dengan pemain itu hingga mengetepikannya daripada pasukan.
“Coutinho ketika itu sudahpun membuat keputusan untuk menyertai salah satu daripada dua kelab terbesar Sepanyol,” jelas Pengerusi Liverpool, Tom Werner.
“Kami cuba meyakinkannya (bahawa) kelab ini sedang meniti di landasan terbaik untuk dia menikmati malam-malam hebat dalam UCL jika dia kekal bersama kami.
“Namun, dia berkeras mahu pergi dan dalam tempoh itu, kehilangan banyak sokongan dengan cara dia memaksa perpindahannya ke Barcelona ketika itu.”
Semua itu, bagaimanapun, tinggal sejarah.
Tanda harga £100 juta yang ditetapkan Barcelona itu cukup untuk membuat Liverpool tidak lagi berminat.