TNB Liga Hoki Malaysia musim 2016 menutup tirai selepas Terengganu Hockey Team (THT) menewaskan Sapura Hockey Club 3- 0 dalam perlawanan akhir Piala TNB.
Musim ini beberapa pembaharuan telah diperkenalkan dan dipertingkatkan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), antaranya pusingan kalah mati Piala Tan Sri P. Alagendra dan juga maksimum gabungan pemain import dan pemain kebangsaan seramai lapan orang sahaja yang boleh berada atas padang pada satu-satu masa permainan.
Walaupun jadual perlawanan agak padat kepada pasukan-pasukan untuk memberi impak dalam Piala Tan Sri P. Alagendra, saya melihat semua pasukan berpeluang bermain lebih banyak perlawanan dan pasukan Divisyen 1 dapat bersaing dengan pasukan Liga Premier.
Dengan menetapkan maksimum lapan pemain pemain import dan pemain kebangsaan pada satu-satu masa, ini memberikan "level playing field" kepada pasukan lain yang mungkin tidak mampu punyai ramai pemain import dan kebangsaan dalam pasukan mereka.
Jelas, kebanyakan perlawanan musim ini agak seimbang -- tidak dimonopoli oleh satu atau dua pasukan sahaja.
Untuk musim hadapan, jika KHM menambah satu lagi kriteria bagi pasukan yang bertanding dalam Liga Premier, iaitu mereka harus mempunyai pasukan yang menyertai Liga Hoki Remaja Kebangsaan Malaysia (MJHL) bawah 19 tahun, ini akan membantu pembangunan bukan sahaja untuk pasukan mereka tetapi turut membantu negara dalam jangka masa panjang.
Daripada enam pasukan dalam Liga Premier, hanya dua pasukan yang menitikberatkan pembangunan, iaitu TNB dan UniKL , yang mempunyai pasukan yang mengambil bahagian dalam MJHL yang membariskan pasukan bawah 19 tahun.
Lebih setapak lagi apabila TNB satu-satunya pasukan yang membariskan pemain tempatan dalam LHM dan mempunyai empat pasukan dalam MJHL serta dua pasukan dalam LHM
Divisyen 1dan masih lagi berjaya melangkah perlawanan akhir Piala Tan Sri P. Alagendra buat pasukan Liga Premier mereka.
UniKL pula bukan sahaja menghantar pasukan dalam MJHL dan MHL, namun sedang turut membina stadium hoki mereka sendiri di Bangi yang dijangka siap pada 2017.
Pasukan KL Hockey Team, Sapura Hockey Club, Maybank dan THT pula tidak mempunyai pasukan dalam MJHL.
Pasukan Majlis Sukan Terengganu/Persatuan Hoki Terengganu dalam Divisyen 2 MJHL lebih menjurus kepada persiapan pasukan Sukma Terengganu.
Sebagai kelab yang sudah lama dalam Liga Hoki Malaysia, empat pasukan ini seharusnya mempunyai pasukan yang terus bernaung di dalam kelab atau pasukan mereka.
Seperti pasukan Nurinsafi, sebagai contoh, walaupun sejak dua tahun kebelakangan ini bermain dalam Divisyen 1 MHL, mereka turut mempunyai pasukan dalam MJHL dengan nama Nurinsafi.
Kebanyakan kelab ini harus sedar, selain mengejar kejuaraan berprestij Kejuaraan Liga Premier, Piala Tan Sri P. Alagendra dan Piala TNB, mereka tidak harus lupa tentang skuad pembangunan.
Walaupun bola sepak belum nampak berjaya di arena antarabangsa, tetapi untuk setiap pasukan, mereka mempunyai pasukan Piala Presiden.
Johor Darul Ta’zim (JDT) sahaja yang saya boleh kata mempunyai struktur pasukan pembangunan seperti sebuah kelab profesional Eropah.
"Lihat negara seperti Belanda, mereka memiliki ribuan kelab dengan sistem pengurusan dan program pelapis terbaik. Tidak hairanlah ada berates-ratus pemain yang sedia dipanggil dalam skuad kebangsaan Belanda.
"Mereka ini datang daripada sistem kelab yang memiliki dua atau tiga pasukan pelapis," kata bekas penjaga gol negara, Ahmad Fadzil Zainal Abidin.
Jadi, saya melihat jika KHM melihat ke era yang lebih professional, maka ia perlu mewajibkan semua pasukan dalam Liga Premier mula membentuk skuad pelapis mereka dan menyertai Liga Hoki Remaja Kebangsaan Malaysia pada musim akan datang.