Entah apa rahsia jurulatih Chelsea, Antonio Conte, sehingga mampu menundukkan pemain berperwatakan buas seperti Diego Costa di Stamford Bridge.
Biarpun meledak 12 gol musim lalu, Costa gagal menghadirkan rasa gerun kepada pertahanan lawan dan tanpa penyudah berkesan, The Blues kehilangan tempat dalam Liga Juara-Juara.
Bagaimanapun, penampilannya tampak berbeza sama sekali apabila penyerang Sepanyol kelahiran Brazil itu merekodkan 15 gol dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Watak pentingnya di barisan hadapan membantu Chelsea untuk menguasai carta EPL dengan jurang besar sembilan mata.
Reputasinya masih sama ketika dia mula meraih perhatian dunia bersama Atletico Madrid, iaitu agresif, tidak gentar dan bijak mencari ruang.
Pada awal ketibaannya, Conte sedar karenah pemain yang bakal dihadapinya tetapi dalam masa yang sama, menuntut Costa agar tidak mengubah corak permainannya.
Cuma apa yang membezakannya adalah kemampuan Costa dalam menangani situasi getir, terutama melibatkan provokasi pemain lawan musim ini.
Kerana kelemahan mental, Costa pernah digantung sebanyak dua kali ketika bertemu Arsenal dan Everton musim lalu.
Segala-galanya tampak berbeza buat Conte yang tenang di sebalik sikap terujanya.
Musim ini, sudah acap kali Costa berjaya menangani sikap panas barannya meskipun beberapa kali terbabit dengan aksi tegang.
Antaranya, melibatkan Laurent Koscielny -- pemain pertahanan Arsenal yang pernah menaikkan darahnya -- pada September lalu dengan cuba melakukan kekasaran bagi membangkitkan sisi gelap Costa.
Namun, sebaliknya berlaku apabila penyerang berkenaan mengalah dan memberi reaksi, mengapa Koscielny? Seolah-olah cuba memberitahu dia tidak mahu terbabit dengan insiden sedemikian.
Begitu juga ketika aksi di ambang tahun baru bertemu Liverpool.
Perlawanan di Anfield itu berkesudahan 1-1 hasil kecekapan penjaga gol lawan, Simon Mignolet, yang menepis keluar sepakan penaltinya.
Terpampang riak kecewa wajah penyerang yang sentiasa dahagakan gol itu, begitu pun dia masih sempat mengucapkan tahniah kepada Mignolet kerana menjalankan tanggungjawabnya dengan cemerlang sungguhpun tahu gol itu boleh menjamin kemenangan pasukannya.
Bukan sahaja pihak lawan, malah kem Chelsea sendiri pun, jika dia tidak ditenteramkan, barangkali boleh menjadi isu yang lebih besar dan mengganggu momentum pasukan milik Roman Abramovich itu jika gagal ditangani dengan baik.
Bahkan semalam, Conte mengakui ada masanya dia terpaksa bertegas terhadap pemain itu.
"Saya sangat berterus-terang dan terpaksa meninggikan suara kepadanya, dia memahaminya.
"Kini, semuanya dalam keadaan sempurna," kata Conte.
Buktinya, hubungan mereka hampir retak dan Costa memohon untuk berpindah ke kelab Liga Super China, Tianjin Quanjian, sebelum dia mengubah keputusannya.
Dan pada akhirnya cerita, Conte sekali lagi memainkan peranannya dengan meyakinkan Costa untuk terus fokus dalam cabaran Chelsea menuju kegemilangan musim 2016-17.