Saingan Formula 1 musim 2018 sudah memasuki pusingan ke-10 dengan terbaharu, Sebastian Vettel menjuarai Grand Prix British di Silverstone.
Ia merupakan kemenangan keempat buat pelumba Ferrari itu musim ini sekaligus menafikan hasrat pencabar utama, Lewis Hamilton yang wakili pasukan Mercedes AMG Petronas yang memburu kemenangan kelima berturut-turut di laman sendiri.
Malah Hamilton juga terpaksa bekerja keras apabila perlu mengejar dari kedudukan belakang sebelum tamatkan perlumbaan di tempat kedua.
Manakala kejayaan buat Vettel menyaksikan dia kini menerajui kedudukan keseluruhan pelumba, situasi yang ketika ini diungguli Hamilton pada musim 2017.
Ini bukan kali pertama Mercedes alami masalah pada musim ini, dalam saingan terdahulu di Grand Prix Austria, Hamilton bersama rakan sepasukan, Valtteri Bottas gagal menamatkan perlumbaan.
Situasi yang melanda Mercedes di samping peningkatan yang dipamerkan Ferrari serta Red Bull selepas 10 perlumbaan memberikan satu cabaran buat Hamilton sama ada dia masih berkemampuan untuk memburu gelaran dunia buat kali kelima.
Sudah pasti belum ada rasa panik di kem Mercedes kerana mereka masih punyai jentera yang terbaik di kalangan pasukan yang bertanding musim ini namun dihampakan dengan prestasi yang tidak konsisten di samping keputusan kurang tepat oleh jurutera pasukan.
Berbaki 11 perlumbaan lagi sebelum saingan musim 2018 menutup tirai di Interlagos, Brazil, sudah pasti persaingan di kalangan tiga pasukan utama ini akan berterusan dengan Vettel juga dilihat punyai peluang yang cukup cerah untuk merampas gelaran juara dunia daripada Hamilton.
Apa yang lebih utama, persaingan seperti ini yang amat diharapkan oleh peminat sukan ini selepas beberapa musim kebelakangan ini dikuasai sepenuhnya oleh Mercedes.