Dah banyak kali kita mendengar beberapa pemain yang digelar “The Next Beckham”, “The Future Ronaldo”, “The New Cantona” dan sebagainya.
Pernah menjadikah kenyataan itu?
Sudah bertahun kita melihat Ronaldo berhijrah ke Real Madrid, namun sepanjang penghijrahannya, belum ada lagi nama yang mampu mengisi kekosongan “nombor 7” Manchester United. Memphis Depay? Eh tolonglah.
Kita ‘fast forward’ kepada keadaan Manchester United hari ini….
Penyerang sentiasa diperhatikan. Ya, ramai lagi pemain yang mempunyai skil dan gaya menarik dalam pasukan United hari ini, tapi si penjaring gol akan sentiasa mencuri perhatian. Lebih kerap kita bercerita tentang jaringan yang cantik berbanding gol yang diselamatkan.
Manchester United ada Zlatan Ibrahimovic. Ya, memang benar, ramai yang turun ke Old Trafford ataupun setia menonton Astro Supersport kerana mahu melihat ‘Terminator’ -- gelaran yang diberi oleh pemain Northampton kepadanya -- ini merobek gawang pihak lawan.
Tapi apa ada hal, ini Ibrahimovic. Sebelum ke Manchester United pun, semua dah kenal betapa berbisa nya penyerang ini. Bintang PSG, taruhan pasukan kebangsaan Sweden – memang tinggi lah harapan penyokong kepada Ibra… dan nasib baik si ‘Terminator’ ini mampu menterjemahkan reputasi ini di Old Trafford.
Tidak mengecewakan peminat, tapi bukan Zlatan yang hendak saya ceritakan dalam nukilan kali ini.
Pernah tak mendengar wartawan, penyokong ataupun pengulas mengatakan: “Jika Mkhitaryan memberikan aksi yang baik, maka baiklah aksi Manchester United….”
Baru beberapa bulan yang lepas, ramai menjangkakan pemain dari Armenia ini akan terus diketepikan oleh Jose Mourinho. Ramai juga menjangkakan bahawa jangka masa Mkhitaryan bersama The Red Devils tidak akan lama.
Ke mana pergi semua jangkaan ini?
Hilang! Kenapa? Sebab sejak kebelakangan ini, pemain berusia 27 tahun ini terus bangkit dan tidak henti-henti memberikan persembahan yang sentiasa menjadi bahan perbualan pemerhati bola sepak.
Sepakan kala jengking? Maaf Giroud, Mkhitaryan dan buat dulu.
Barisan pertahanan pihak lawan pula mudah ditembusi si tangkas ini.
Jamie Carragher, bekas pemain Liverpool yang lantang mengkritik pemain ini juga pernah berkata: “Jarang kita melihat pemain yang mempunyai kelajuan seperti Mkhitaryan, lebih-lebih lagi dengan posisi yang dipegangnya.”
“Juan Mata, Mesut Ozil, David Silva…semuanya cemerlang dari segi teknikal. Tapi kelajuan? Setakat ini Mkhitaryan sahaja yang ada kualiti ini.”
Nampak gayanya, hampir seluruh dunia bola sepak mengatakan Henrikh Mkhitaryan ada potensi menjadi bintang baru Manchester United, namun sejauh manakah kebenaran jangkaan ini?
Potensi sahaja tidak mencukupi. Mudah-mudahan, menjadi kenyataan. Sebab dah jemu diberi harapan palsu.