Selepas 29 tahun bersama Manchester United, Ryan Giggs buat keputusan untuk beralih ke haluan baru.Ia berikutan keengganan bekas pemain antarabangsa Wales ini mengambil tugas yang kurang penting berbanding yang disandangnya sebelum ini.
Menjadi pembantu kepada David Moyes serta Louis van Gaal, ramai beranggapan salah seorang daripada skuad "Kelas 1992" ini mampu teruskan legasi sebagai pengurus United.
Namun Jose Mourinho jadi pilihan dalam usaha mengembalikan reputasi kelab Inggeris ini untuk kembali bergelar juara.
Nyata sukar buat Mourinho untuk membawa Giggs dalam barisan kejurulatihannya kerana pengendali kelahiran Portugal itu punyai pilihan tersendiri.
Lantas tawaran kepada Giggs untuk memantau pemain di peringkat akademi tidak mendapat sambutan individu berusia 42 tahun itu.
Ramai beranggapan Giggs merupakan calon terbaik untuk meneruskan kesinambungan The Red Devils kerana sudah sebati dengan kelab itu.
Apatah lagi dia pernah memangku tugas sebagai pengurus dalam beberapa baki perlawanan terakhir musim 2013/2014 susulan pemecatan Moyes.
Nyata dia punyai karakter yang tersendiri tetapi ia masih belum memadai untuk menyakinkan kepimpinan tertinggi United untuk mempertimbangkan namanya untuk jawatan pengurus.
Lantas pemain yang dianggap antara legenda di Old Trafford ini perlu merencana masa depannya dan beberapa kelab mungkin sudah menimbangkan untuk mengambil khidmat Giggs.
Penulis berpandangan langkah yang diambil Giggs ini tepat pada masanya untuk menguji kemampuannya sebagai pengurus yang berkaliber.
Tidak mustahil sedikit masa lagi Giggs dapat kembali bersama United dengan tugasan yang lebih penting.