Ranting yang dimakan anai-anai atau akar tunjangnya yang sudah rosak teruk?
Di pihak mana pun anda berada dalam isu ini, buruknya nampak di pihak Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) ketika ini sambil Syahir Rosdi dan Zulkifli Abdul Razak -- yang diumpamakan Presiden PSM, Datuk Seri Ahmad Ismail, dengan ranting yang dimakan anai-anai -- seakan-akan dijadikan mangsa aniaya.
Tapi nanti dulu.
Usah tergesa-gesa jatuhkan hukuman kerana di pihak pentadbir pun – menteri selaku kuasa eksekutif tertinggi dan Majlis Sukan Negara (MSN) selaku agensi pelaksana – turut nampak bercanggah dalam isu ini.
Pengarah Bahagian Atlet MSN, Jefri Ngadirin – melainkan dia menafikannya – dipetik Harian Metro pada 11 Julai lalu sebagai mengakui kuasa memang sudah diserahkan kepada PSM dalam menentukan elaun kepada atlet kendalian badan induk sepak takraw negara itu.
PSM telah mewujudkan tiga kategori elaun sejak awal tahun ini, iaitu Cemerlang (RM4,000), Kepujian (RM3,500) dan Baik (RM2,000) selain memotong elaun pemain atas faktor disiplin, termasuk jika ponteng latihan.
Alasan yang sama juga sering kali ditampilkan dua tekong emas negara dalam Sukan Asia 2018 itu, yang nekad mengambil keputusan bersara susulan pengguguran daripada skuad kebangsaan selain digantung menyertai sebarang pertandingan gara-gara menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap pemotongan elaun.
Malah, ketika “tempoh aman” sewaktu kedua-duanya mendapat elaun penuh pun, Syahir dan Zulkifli – digelar Panjang dan Sobey – sepatutnya mendapat RM4,500 sebulan seperti dalam perjanjian Program Podium, dan bukan RM4,000 seperti diterima mereka.
Tapi, sekali lagi, tunggu kejap.
Kalau hendak difahami kenyataan Jefri Ngadirin itu, maknanya bukanlah PSM bertindak sewenang-wenangnya dalam memotong elaun pemain melainkan ia sudah diberi maklum kepada Bahagian Atlet MSN dan mendapat kelulusan majlis itu pula.
Bagaimanapun, kita harus berasa musykil juga bagaimana menteri memberi perspektif berbeza.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pada Jumaat lalu, meluahkan rasa kecewa dengan tindakan PSM yang didakwanya tidak mengikut sistem pembayaran elaun latihan MSN sehingga dua tekong kebangsaan itu nekad bersara.
PSM, tegas Menteri Belia dan Sukan itu, sepatutnya mengikut cara pengurusan majoriti persatuan sukan kebangsaan di Malaysia, lantas badan induk itu tidak sepatutnya memotong elaun latihan kerana ia merupakan persetujuan di antara atlet dan MSN dalam kontrak Program Podium.
"Walaupun duit datang daripada MSN, setiap persatuan sukan perlu mengikut tangga atau elaun yang ditetapkan mengikut prestasi masing-masing. Namun, saya dimaklumkan PSM mengambil keputusan sendiri, berunding dengan setiap pemain untuk membezakannya.
"Kementerian telah membuat keputusan untuk tidak membenarkan perbezaan dilakukan. Jadi, semua persatuan perlu mengikut tangga elaun yang ditetapkan kerana ia adil. Tidak adil untuk atlet yang tidak sehaluan dengan persatuan. Sepatutnya suara atlet dan jurulatih harus didengar," kata Syed Saddiq lagi.
Kita pun nak bertanya juga pendirian Syed Saddiq ini berdasarkan laporan Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, yang ada mendengar cerita daripada kedua-dua pemain itu; atau turut mendapat input daripada Jefri Ngadirin yang memberi dan menerima pencerahan daripada rombongan PSM, 11 Julai lalu?
Bagaimana pula dengan arahan supaya PSM mengemukakan laporan bertulis berkaitan pengguguran Panjang dan Sobey – adakah mereka telus dan laporan itu diperhalusi?

Baiklah, di peringkat ini, buruknya nampak di pihak PSM dan juga MSN tetapi di pihak pemain pula bagaimana?
Diuar-uarkan Panjang dan Sobey memang ada tidak hadir latihan beberapa hari selepas Aidilfitri lalu tapi rasanya bukan itu punca utama mereka digugurkan.
Sebaliknya, kelantangan mereka menuntut elaun penuh dan kedua-duanya saling membela dan mempertahankan satu sama lain, ditawarkan sumber dalaman sebagai “mencabar” PSM untuk mengambil suatu bentuk tindakan sebagai pengajaran kepada yang lain.
Dalam pada ramai yang cenderung menuding jari kepada pihak pengurusan persatuan apabila ada saja isu membabitkan pemain – contohnya bukan sedikit dalam sukan negara – jangan pula fungsi dan peranan persatuan sama-sekali dibelakangkan kerana pemain juga tidak mungkin berada di tahap mereka kini tanpa pengurusan memainkan tanggungjawabnya.
Apapun, dalam sebarang keadaan, sebarang elemen “menganiaya” dan “dianiayai” hendaklah dipastikan tidak berlaku demi panji-panji negara dalam sebarang pertandingan sukan dan lencana di dada.
Diharapkan akan ada penyelesaian terbaik dalam isu ini agar bukan saja ranting dimakan anai-anai yang tidak perlu dicantas melainkan dirawat, malah keseluruhan pokok juga tidak perlu ditebang.