3 Februari 2018.
Tarikh yang cukup bermakna dalam arena sukan ragbi tempatan apabila buat kali pertama skuad 15 sepasukan negara beraksi di Stadium Nasional di Bandar Sukan Kuala Lumpur.
Kebiasaannya Stadium Nasional hanya menganjurkan acara seperti bola sepak ataupun olahraga tetapi kali ini ragbi buktikan mereka juga layak menggunakan gelanggang berkenaan.
Penulis turut diberi kesempatan untuk mengikuti pertemuan ujian antara pasukan kebangsaan menentang KL Tigers dengan kemenangan memihak kepada skuad kendalian Lee Nyuk Fah dengan keputusan 34-5.
Sudah pasti keputusan bukan matlamat utama bagi aksi ini kerana mereka dalam persiapan untuk hadapi Kejohanan Asia Premier 2018 dengan Korea Selatan dan Hong Kong menjadi cabaran penghujung April nanti.
Pasukan ragbi negara yang terkenal dengan simbol bunga raya berjaya buktikan mereka mampu menarik perhatian penyokong apabila kira-kira 6,000 penonton hadir bagi menyaksikan pertemuan menentang Tigers.
Semangat seperti ini perlu diteruskan bagi menjadikan Stadium Nasional antara yang digeruni lawan sekaligus mencerahkan peluang skuad negara untuk peroleh kemenangan.
Jadi buat semua peminat sukan tempatan khususnya yang mengikuti sukan ragbi, diharapkan sokongan anda dapat membantu "The Hibiscus" untuk cipta lebih banyak kejayaan khususnya di gelanggang baru mereka iaitu Stadium Nasional.
#fearlesshibiscus