Motivasi skuad hoki negara sedikit 'terubat' selepas akhirnya menewaskan Jepun dalam Kejohanan Hoki Terbuka Antarabangsa Darwin di Australia baru-baru ini.
Walaupun ia sudah tidak membawa apa-apa makna, sekurang-kurangnya kemenangan itu akan mengembalikan semula keyakinan para pemain gara-gara kecewa gagal meraih slot automatik ke Sukan Olimpik 2020.
Malaysian Tigers masih merasai keperitan kecewa di tangan Jepun dalam final Sukan Asia 2018 di Indonesia bulan lalu.
Saya tertarik dengan semangat dan prestasi ditunjukkan skuad negara kerana kali ini mereka tidak disertai enam pemain utama serta ketua jurulatih, Stephen Van Huizen, untuk mengharungi empat perlawanan di Australia.
Ia termasuk kapten, Mohamad Sukri Abdul Mutalib, penjaga gol berpengalaman, S. Kumar, dua pemain tengah, Nabil Fiqri Mohd Noor dan Mohd Marhan Mohd Jalil, serta dua penyerang, Faizal Saari dan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil.
Mereka tidak dapat bersama ekoran kecederaan dan diberikan ‘cuti’ rehat sementara waktu sebelum menghadapi dua kejohanan besar selepas ini, iaitu Trofi Juara-Juara Asia di Oman bulan depan dan Piala Dunia di India hujung November ini.
Situasi itu membuka peluang buat enam pemain lain iaitu Muhammad Hafizuddin Othman, Muhammad Najib Abu Hassan, Mohamad Ashran Hamsani, Muhamad Ramadan Rosli, Muhammad Haziq Samsul dan Norsyafiq Sumantri untuk membuktikan keupayaan mereka.
Tempat Stephen pula digalas oleh penolong jurulatih, Muhamad Amin Rahim, sebagai ketua jurulatih buat sementara waktu.
Ada perkara positif dan negatif ditonjolkan sepanjang kejohanan itu walaupun tidak membariskan pasukan terkuat di Darwin.
Antaranya, kecemerlangan prestasi Muhamad Haziq Samsul yang dilihat memanfaatkan peluang ini dengan menjaringkan tiga gol.
Pada masa sama, barisan kejurulatihan negara perlu memikirkan sesuatu untuk mengatasi masalah yang sering terjadi kepada skuad negara iaitu melepaskan dua atau tiga gol dalam tempoh yang singkat.
Buktikan kepada semua anda mampu bangkit dan sudah boleh melupakan kisah hitam di Jakarta dengan menunjukkan prestasi membanggakan dalam dua kejohanan selepas ini terutama Piala Dunia 2018.
Perlu diingat, peluang ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun, masih belum tertutup.