Skip to main content

Rencana

Bukan hanya Immobile pencabar Cristiano Ronaldo

ronaldo.jpg
Cristiano Ronaldo meninggalkan padang keramat Udinese dengan wajah yang hampa – sudahlah Juventus masih perlu menanti kejuaraan sah menjadi milik mereka buat kali kesembilan berturut-turut, penyerang antabarabangsa Portugal itu kini dipintas Ciro Immobile dalam senarai penjaring terbanyak Serie A musim ini.

Situasinya tidak sama seperti ketika Ronaldo menjaringkan dua gol untuk membantu Juventus mengatasi Lazio 2-1 Isnin lalu.

Ketika itu, Ronaldo berjaya menutup mulut pengkritik bola sepak yang membandingkan pencapaiannya dengan penyerang Lazio yang mencetak satu-satunya gol pelawat.

Walaupun masih terikat sama 30 gol dalam senarai penjaring terbanyak liga musim ini, pemenang Ballon D’Or itu mencuri tumpuan dengan rekod jaringan keseluruhan sejak tiba di Turin pada Julai 2018 yang mencecah 51 gol.

Selepas mengatasi pencapaian musim pertama di Itali iaitu 21 gol, Ronaldo menggembirakan para penyokong dengan muncul pemain pertama dan terpantas mencetak 51 gol dari 61 perlawanan.

Bagaimanapun Immobile lebih menyerlah pada aksi ke-35 Serie A dimana jaringannya ketika tepat sejam pertemuan dengan Cagliari membolehkan dia kembali memimpin senarai pemenang kasut emas.

Di lokasi berlainan pula, aksi ke-35 Serie A buat Ronaldo akan diingati dengan satu rembatan mengelirukan yang tersasar ke kiri gawang Udinese.. yee, mungkin itu sahaja.

Tanpa tambahan gol terbaru, Ronaldo semakin kesuntukan masa untuk memecah lebih banyak rekod seperti bekas pemenang Piala Dunia Itali, Felica Borel, yang muncul pemain terakhir meledak 31 gol untuk Juventus.

Pemain pada tahap seperti Ronaldo ini sepatutnya hanya dicabar oleh rekod di peringkat eropah (sekurang-kurangnya).

Namun buat masa ini, penjaring terbanyak eropah musim ini dipegang oleh pemain sensasi Bayern Munich, Robert Lewandowski selaku penjaring terbanyak Bundesliga dengan 34 gol.

Ini menyaksikan ada yang beranggapan pencapaian Ronaldo di Itali, walaupun semakin pantas tetapi belum lagi sampai ke kemuncaknya.

Mungkin kalau Ronaldo berjaya 'tapau' semua rekod yang dinyatakan diatas barulah dikira sebagai klimaks kot. 

Anda rasa bagaimana?

Advertisement

Must Watch Video