Skip to main content

Rencana

Buka buku baru!

faizal-saari-masih-berpeluang-sarung-jersi-negara.jpg
Penyerang berpontensi hoki negara, Faisal Saari, telah dibenarkan untuk menyertai latihan pasukan pembangunan negara, dua minggu lepas. 

Walaupun belum lagi diberi lampu hijau untuk bersama sama pasukan utama, ia adalah satu langkah positif oleh Faisal dan juga pasukan hoki kebangsaan dalam persiapan membina sebuah pasukan yang mantap untuk Trofi Juara Juara Asia, Oktober 2016 seterusnya Liga Hoki Dunia yang bermula pada 2017 dalam misi layak ke Piala Dunia 2018.

Kali terakhir Faisal Saari menyarung jersi negara adalah di Liga Hoki Dunia 2015 di Antwerp Belgium di mana Malaysia gagal melayakkan diri ke Olimpik Rio 2016.

Walaupun bermain begitu cemerlang membantu Terengganu keluar sebagai juara Piala Razak 2016 serta memenangi penjaring terbanyak kejohanan, tidak mampu meyakinkan pihak pengurusan untuk terus menyerap beliau ke skuad utama.

Apa yang dilakukan oleh pihak pengurusan ada logiknya. Lapan bulan Faisal tidak menyertai latihan, perlawanan pendedahan dan Piala Sultan Azlan Shah pasti memberi kesan kepada tahap kecergasan dan juga "game fitness" untuk perlawanan antarabangsa, dengan kata lain skill pun agak "karat". 

Mungkin ada yang akan berkata "karat karat pun Faisal berjaya menjadi penjaring terbanyak Piala Razak berbanding dengan pemain pemain lain yang mengikuti latihan". Bagi saya tidak relevan ungkapan sebegini kerana saya hanya melihat perlawanan perlawanan antarabangsa bukannya perlawanan tempatan.

Perlawanan antarbangsa amat amat berbeza dari segi tempo, agresif, tindak balas, kuderat dan lain lain yang memerlukan pemain pemain berada di tahap yang terbaik. Perlawanan tempatan adalah setengah dari tahap kecergasan perlawanan antarabangsa yang diperlukan untuk pemain menyinar. Perlawanan tempatan pemain boleh ada masa berjalan dan sempat ambil angin.

Dengan menyertai latihan skuad pembangunan memberi peluang beliau dan jurulatih untuk membina semula tahap kecergasan dari peringkat permulaan yang beliau tertinggal sejak lapan bulan yang lepas. 

Saya memuji Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) yang membuka peluang dan juga Faisal Saari dalam persetujuan dengan perancangan sebegini walaupun buat masa ini tidak Ada imbuhan yang akan diterima oleh Faisal sehingga beliau akan diserapkan ke skuad utama kebangsaan yang di jangka selepas Liga Hoki Malaysia nanti.

Inilah pengorbanan dan perlu dilakukan oleh semua atlet untuk berjaya bukan hanya mementingkan wang ringgit semata mata.

Dengan perkembangan positif Faisal Saari ini dalam skuad hoki kebangsaan, saya harap Faisal bukalah buku baru. Begitu juga kepada semua peminat dan pemerhati sukan terutamanya sukan hoki kita juga harus buka buku baru tentang isu Faisal ini agar kita memberikan beliau semangat baru untuk berjaya untuk dirinya dan skuad hoki negara!
 

Advertisement

Must Watch Video