Skip to main content

Advertisement

Rencana

Buang yang keruh, ambil yang jernih

diving.jpg
Itu yang saya boleh gambarkan untuk skuad terjun negara. Saya sendiri meletakkan diri saya bukan hanya sebagai wartawan, tetapi juga sebagai peminat sukan tanah air untuk melupakan peristiwa pahit yang melanda penerjun-penerjun ini. 

Cukuplah dengan apa yang pernah mereka hadapi dan kecaman-kecaman yang diterima sebelum ini. Sudah tiba masa untuk kita memberi fokus kepada persiapan mereka pula menjelang Sukan Asia Indonesia yang akan berlangsung pada Ogos depan. 

Jika sebelum ini, mereka masih belum pasti adakah permintaan untuk berlatih di China dapat ditunaikan? Kini, skuad penerjun negara mampu tarikh nafas lega apabila dijangka ke China  Ahad depan untuk melakukan persiapan terakhir selama satu bulan sebelum terbang ke Indonesia bagi Sukan Asia. 

Saya pasti tekanan yang mereka hadapi cukup tinggi selepas apa yang berlaku tempoh hari. Tetapi, melihat kembali keceriaan dan sifat positif dalam diri mereka sewaktu kami bertemu, cukup menggambarkan kekuatan yang ada untuk mereka meneruskan latihan seperti biasa tanpa menjejaskan persiapan. 

Ini membuatkan saya cukup bangga dengan atlit-atlit yang makin matang dalam harungi pelbagai dugaan dan cabaran dalam karier kerana sudah semestinya manusia tidak sempurna. 

Sikap keberanian untuk tampil minta maaf dalam satu sidang media sebelum ini juga membuktikan mereka benar-benar akur dengan kesilapan yang terjadi dan berazam untuk perbaiki diri. 

Jadi, saya berpendapat sudah tiba masanya untuk kita terus menyokong kontinjen negara dan memberikan peluang kedua kepada mereka untuk membuktikan kemampuan di pentas Sukan Asia edisi ini.

Advertisement

Must Watch Video