Skip to main content

Rencana

Brunoooooo, Memang Taikooo!

bruno-fernandes.jpg
Siapa sangka, kehadiran seorang individu sahaja, mampu merubah persepsi dan tanggapan peminat bola sepak terhadap Manchester United. Bukan niat Dayang mahu memuji secara berlebih-lebihan namun itulah hakikatnya yang dirasai ketika ini.

Jika sebelum ini, The Red Devils dibawah bimbingan Ole Gunnar Solskjaer dilihat berada dalam prestasi yang tidak menentu, ditambah pula masalah dalaman kelab seperti pemain yang tidak mahu memberi kerjasama dan sebagainya, kini ianya mula berubah sedikit demi sedikit.

Kehadiran pemain berusia 25 tahun ini, memang Dayang boleh katakan satu pembelian yang amat-amat berbaloi. Dengan tanda harga hampir 70 juta pound (ditambah bonus dan insentif) , United berjaya mengembalikan keyakinan pemain di atas padang (Pogba terutamanya) , malah peminat setia Red Devils juga mula kembali bersemangat menyaksikan perlawanan United.

Dengan hanya sembilan perlawanan bersama United di Liga Perdana Inggeris, beliau berjaya meledakkan enam gol dan lima bantuan gol yang secara tidak langsung membuktikan bahawa pembeliannya merupakan pilihan tepat buat United. Beliau turut dinobatkan pemain terbaik bagi bulan Februari dan juga disenarai pendek untuk pemain terbaik bagi bulan Jun.

Biarpun masih belum serasi 100% dengan pemain United yang lain di atas padang, tetapi Dayang percaya sesiapa yang melihat semua aksi Bruno pasti akan memuji kreativiti dan hantaran-hantaran berkualiti yang dipamerkan Bruno. Ianya seakan-akan Bruno berada pada kelas tersendiri jika dibandingkan dengan pemain United yang lain. Pilihan memakai jersi nombor 18 juga, merupakan pilihan tepat memandangkan sebelum ini nombor tersebut diguna pakai oleh pemain tengah legenda, Paul Scholes.

Kehadiran Bruno juga memberikan saingan sihat di bahagian tengah dengan pemain seperti Juan Mata, Jesse Lingard, Andreas Pereira dan Paul Pogba, malah pemain tengah bertahan seperti Fred, Scott McTominay dan Nemanja Matic juga terpaksa bersaing secara sihat demi merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Biarpun masih terlalu awal untuk menilai prestasi Bruno, tetapi Dayang yakin dan percaya andai momentum kemenangan ini mampu diteruskan untuk musim hadapan, United akan kembali salah satu pasukan selaku pencabar utama untuk merebut kejuaraan liga. 

Advertisement

Must Watch Video