"Bukan manusia biasa-biasa." Demikian rumusan bintang sensasi Brazil, Neymar, selepas juara Piala Dunia lima kali itu mengharungi detik 90 minit di La Paz, Bolivia, awal pagi semalam.
Bolivia terus kebal di Estadio Hernando Siles apabila mengikat Brazil -- yang sudah layak ke pusingan akhir -- 0-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018.
Bolivia memiliki rekod cemerlang di laman sendiri dengan memenangi empat perlawanan, sebaliknya tewas lapan kali ketika bermain di luar.
Skuad Samba dikerah beraksi dalam suasana beraltitud hampir mencecah 4,000 meter di atas paras laut ketika mengharungi baki aksi kelayakan zon Amerika Selatan itu.
Sejurus perlawanan itu, Neymar mempertikaikan venue perlawanan itu dengan menyebut di laman sosial Instragram: "Bukan manusia biasa untuk bermain dalam keadaan seperti itu; padang, altitud dan juga (kawalan) bola... semuanya teruk. Namun, kami gembira dengan persembahan pasukan dalam keadaan seperti itu."
Pada 2007, Persekutuan Bola Sepak Antrabangsa (FIFA) pernah melarang penganjuran perlawanan di lokasi yang melebihi 2,500m di atas paras laut, tetapi peraturan itu hanya bertahan setahun.
Perkara pertama yang mereka akan dapati sebaik melangkah ke bilik persalinan di La Paz adalah tangki oksigen. Ia bertujuan untuk mempercepatkan kesegaran pemain selepas berjuang dalam udara padat yang menguji penafasan dan kawalan bola yang lebih berat.
Untuk kunjungan ke La Paz, skuad kendalian Tite itu mengatur perjalanan yang berisiko, apatah lagi kebanyakan anggota skuad Selecao itu terdiri daripada bintang kelab Eropah.
Pada pagi Rabu lalu, skuad Brazil berlatih berdekatan dengan Rio de Janeiro, Brazil, sebelum mengambil penerbangan empat jam ke bandar terbesar kedua Bolivia, Santa Cruz de la Sierra, yang menjadi lokasi persinggahan kerana faktor geografinya yang terletak di sempadan kedua-dua negara.
Perlawanan hanya akan dilangsungkan keesokan harinya.
Mereka akan tidur selama enam jam, kemudian enam jam menjelang sepak mula, barulah mereka akan terbang ke La Paz pula. Malah, skuad Brazil akan pulang ke negara mereka pada hari yang sama.
Walaupun ia bukan pendekatan yang ideal, doktor pasukan mendakwa ia perkara terbaik untuk dilakukan kerana lebih lama mereka kekal dalam suasana altitud setinggi itu, keadaan akan menjadi lebih buruk buat pemain.
Di sebalik keputusan seri itu, Brazil setidak-tidaknya mengelak menempa kekecewaan yang sama seperti kunjungan Chile dan Argentina.
Ecuador dan Venezuela turut menggunakan kelebihan persekitaran di tempat sendiri.
Ibu negara Ecuador, Quito, terletak 2,800m di atas paras laut dan menjadikan pergerakan bola pula lebih pantas. Venezuela pula menggunakan cuaca panas untuk mengimbangi kekuatan teknikal pihak lawan dengan strategi, lawan mereka lebih cepat letih dalam cuaca sedemikian rupa.