Bahagian 1: Anak pekedai runcit ke pentas Olimpik
Apa lagi yang mahu dikejar Usain Bolt dalam hidupnya?
Dia sudah mengecap keagungan tertinggi di atas balapan, namun mengapa dia sanggup berdepan kritikan yang hebat hanya kerana mahu bermain bola sepak?
Ya.. Kerana bola sepak..
Bolt bukanlah lahir dalam keluarga yang mewah.
Dia dibesarkan oleh keluarga peruncit, pasangan Wellesley dan Jennifer Bolt, bersama dua adik-beradik yang lain, Sadiki dan Sherine, di Sherwood Content, sebuah pekan kecil di Trelawny, Jamaica.
"Kami menanam keladi di Trelawney dan itu merupakan makanan harian kami.
"Usain makan terlalu banyak keladi, mungkin itu yang membuatkan dia mampu berlari laju," kata Jennifer dalam satu wawancara bersama The Telegraph.
Di sebalik kekurangan itu, Bolt tetap memasang impian untuk berjaya dalam arena sukan.
Bermula dengan sukan kriket, bakatnya dalam acara balapan mula dikesan sewaktu di Sekolah Rendah Waldensia.
Dia merupakan pelari terpantas acara 100 meter sekolah itu sewaktu berusia 12 tahun.
"Ketika saya kecil, saya tidak pernah memikirkan apa-apa selain sukan," kata Bolt.
Perkara itu dibuktikan Bolt sebaik menjejakkan kaki ke Sekolah Tinggi William Knibb, sekolah yang mempunyai reputasi besar menghasilkan jagoan trek Jamaica seperti Michael Green.
Walaupun masih meletakkan fokus kepada sukan kriket, bakatnya dikesan jurulatih kriketnya ketika itu yang mahukan dia beralih ke acara pecut.
Mujur dia mengikuti saranan yang turut diperkuatkan nasihat daripada bekas pelari pecut Jamaica, Pablo McNeil, yang kemudian menjadi jurulatih peribadi pertama Bolt sehingga ke pentas Olimpik.
Selepas itu, segalanya tinggal sejarah.
Sejarah gemilang yang dikecap Bolt sebagai legenda pecut dunia.
Ia bermula dengan empat pingat emas Kejohanan Olahraga Remaja Amerika Tengah dan Caribbean (CAC) pada 2002.
Dia kemudian memenangi pingat emas pertamanya dalam Sukan Olimpik menerusi rekod dunia 9.683 saat dalam acara 100 meter di Beijing.
Ia disusuli dua lagi pingat emas dalam temasya yang sama menerusi acara 200m (juga dengan rekod dunia, 19.30s) dan 4x100m (yang kemudian ditarik balik ekoran penggunaan bahan terlarang oleh rakan sepasukannya, Nesta Carter).
Secara keseluruhan, Bolt memenangi lapan pingat emas Sukan Olimpik (tanpa mengira satu yang ditarik balik), 11 pingat emas Kejohanan Dunia IAAF, serta satu emas Sukan Komanwel Glasgow 2014.
Ia cukup menggambarkan betapa impian seorang anak kepada pengusaha kedai runcit mampu terlaksana di pentas Sukan Olimpik.
Bersambung...