Zvonimir Boban, namanya disebut oleh Luka Modric ketika memberi ucapan sempena pertabalannya sebagai Pemain Terbaik Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), awal pagi tadi.
Tahniah buat Modric kerana memecah monopoli 10 tahun Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo -- bisa mereka belum diragui -- bagi anugerah berkenaan dengan meraih undian terbanyak daripada barisan pemain, jurulatih, wartawan dan peminat dari seluruh pelosok dunia.
Ketika melahirkan terima kasihnya atas anugerah sebagai raja bola sepak 2018 itu, Modric pada akhir ucapannya menyebut kelibat Boban sebagai idolanya dari zaman kanak-kanak.
Boban merupakan seorang pemain tengah. Namanya mekar sekitar era 90-an berikutan kejayaan mengetuai Croatia meraih tempat ketiga Piala Dunia 1998.
Bahkan, dia antara wira tidak didendang dalam kem AC Milan yang ketika itu merupakan sebuah pasukan yang cukup digeruni.
Empat trofi Scudetto (liga Itali, Serie A) serta kejayaan merangkul Liga Juara-Juara (UCL) ketika menghadapi Barcelona yang ketika itu diperkuatkan dengan kehadiran Johan Cruyff pada 1994.
Tetapi bagi masyarakat, Boban diangkat lebih daripada sekadar pemain, dia dianggap pejuang revolusi gara-gara libasannya ke atas seorang anggota keselamatan dalam sebuah aksi pada 1990.
Pada era 80-an, venue bola sepak sering juga sering dijadikan medan mengetengahkan ideologi politik dan kemerdekaan di bawah Yugoslavia.
Apatah lagi, ramai penyokong kedua-dua pasukan terdiri daripada anggota keselamatan seperti tentera.
Pertembungan di antara wakil Croatia, Dinamo Zagreb, dan kelab Serbia, Red Star Belgrade, mencetuskan konflik Balkan mengenai tuntutan kemerdekaan untuk berpisah dengan Yugoslavia yang akhirnya termeterai pada 8 Oktober 2001.
Dalam pertembungan di Stadion Maksimir yang berpangkalan di Zagreb pada 13 Mei 1990 itu, wujud sentimen tinggi terhadap semangat nasional dan tuntutan kemerdekaan oleh penyokong tuan rumah.
Senario itu sekali gus meningkatkan ketegangan di antara kedua-dua pasukan.
Bagaimanapun, perlawanan itu hanya bertahan 10 minit sebelum dibatalkan akibat kekacauan penyokong.
Boban melihat seorang anggota polis cuba menyekat samseng bola sepak (hooligan) Dinamo Zagreb daripada menyerbu ke arah penyokong pelawat dan tanpa disangka-sangka, Boban mengangkat lutut kanannya sebelum menerjah muka polis tersebut.
Kekacauan itu berlanjutan lebih daripada sejam.
Sehingga kini, ia antara adegan hooligan paling menakutkan pernah tercetus di Eropah.
Dalam dokumentari "The Last Yugolsav Football Team", Boban menuduh hooligan dari Belgrade merosakkan stadium mereka tetapi polis yang di bawah rejim Yugoslavia ketika itu hanya berpeluk tubuh.
Lagipun, rombongan penyokong tegar lawan yang dikenali sebagai Delije juga turut membawa seorang penjenayah perang yang menindas masyarakat Croatia. Akibatnya, dia terlepas Piala Dunia 1990 akibat digantung enam bulan.
Di sebalik peristiwa itu, krebiliti Boban sebagai pemain bermutu menarik minat gergasi Serie A, Milan, dan dia terus merintis kejayaan sehingga penghujung kariernya.
Kini, tumpuan Boban beralih kepada perjuangan membebaskan bola sepak terhadap salah laku selaku timbalan setiausaha agung FIFA.