Skip to main content

Advertisement

Rencana

‘Black Panther’ selamatkan Arsenal

black-panther.jpg
Awal pagi tadi, The Gunners dilihat terdesak mencari adiwira yang mampu mengubah keadaan ketika terkapai-kapai mencari kemenangan.

Tatkala tewas 3-1 dalam perlawanan pertama, Arsenal perlu sekurang-kurangnya 2 gol tanpa bolos untuk layak ke suku akhir Liga Europa.

Tanpa disangka, ‘Black Panther’ muncul di Utara London, dan bukannya di Wakanda, untuk membawa Arsenal mengiringi 5 pasukan Inggeris ke suku akhir kejohanan Eropah buat kali pertama sejak musim 1970/71.

‘Black Panther’ yang dimaksudkan ialah Pierre-Emerick Aubameyang, yang memakai topeng adiwira itu ketika meraikan gol ketiga pada minit ke 72. Aubameyang juga turut mencetak gol pertama sebelum Ainsley Maitland-Niles menggandakan kedudukan The Gunners pada separuh masa pertama.

“ Saya memerlukan topeng yang melambangkan diri saya, dan Black Panther paling sesuai. Di Gabon (negara kelahiran Aubameyang), kami semua memanggil pasukan kebangsaan ‘the Panthers’ – kata Aubameyang selepas perlawanan.

Apa yang mengejutkan, Aubameyang sebenarnya sudah merancang untuk meraikan gol dengan topeng Black Panther ketika menjaringkan gol menentang Manchester United, tetapi gagal melakukannya selepas tidak menjumpai topeng yang diletakkan di belakang gol David De Gea.

“Saya sudah merancangnya (memakai topeng), tetapi gagal menjumpainya. Saya ada memberitahu staf pasukan untuk meletakkannya dibelakang jaring gol,tapi gagal mencarinya selepas menyempurnakan penalti,” seloroh Auba selepas perlawanan menentang Manchester United.

Auba tidak asing dengan gimik memakai topeng untuk menjaringkan gol. Dia pernah 3 kali melakukannya ketika bersama Borrusia Dortmund, dengan memakai topeng Venom, Spiderman & Batman.

Peminat Gunners juga dilihat sudah melupakan kegagalannya menyempurnakan penalti minit akhir ketika menentang musuh setempat Spurs 2 minggu lalu.

Dengan kemenangan ini juga, Arsenal dilihat berada dilandasan terbaik untuk mencabar slot 4 tangga teratas Liga Perdana Inggeris, sambil cuba mengambil tuah Unai Emery dalam memburu kejuaraan Piala Europa yang memberi slot automatik ke Liga Juara-Juara musim depan.

Advertisement

Must Watch Video