Skip to main content

Rencana

BILA REKOD 48 TAHUN NAK PECAH!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

image1.jpg
Selepas kecermelangan di tunjukkan setakat ini oleh Pasukan Bolasepak Melaka United dalam mengungguli tahkta Liga Perdana kini Melaka sekali lagi menjadi perhatian rakyat Malaysia.
 
Khairul Hafiz Jantan membakar trek Stadium Negeri di Kuching, dengan larian emas 10.18 saat dalam acara 100 meter di Sukan Malaysia 2016. Dengan rasminya memadamkan rekod Kebangsaan 10.30 saat yang di pegang selama 18 tahun oleh Watson Nyambek.
 
Apa yang menarik apabila Watson Nyambek mencipta rekod kebangsaan pada tahun 1998 di Kejohanan Olahraga Pra Sukan Komanwel Terbuka Malaysia, seorang bayi dilahirkan di Umbai Melaka secara kebetulan pada tahun yang sama.
 
Beliau terus membesar dan aktif dalam bidang olahraga. 18 tahun kemudian memecahkan rekod 18 tahun yang berada dalam gengaman Watson Nyambek.
 
Dengan kepantasan 10.18 saat yang di lakukan oleh Khairul itu telah memberikan harapan kepada negara untuk bukan sahaja meraih tahkta pelari terpantas di rantau Asian tetapi untuk memecahkan rekod di Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur.
 
Suryo Agung Wiboyo pelari Indonesia telah memecahkan rekod Sukan Sea dengan kepantasan 10.17 saat di Vientiane, Vietnam pada tahun 2009. Dengan hanya 0.1 saat tidak mustahil Khairul Hafiz Jantan boleh melakukanya.
 
Eric Shyaun Cray dari Filipina pula hanya melakukan dengan kepantasan 10.25 saat di Sukan Sea di Singapura 2015 untuk memenangi Emas.
 
Saya ingin bertanya tidak cukup potensi ke untuk Khairul Hafiz Jantan, mahu pun Badrul Hisham Abdul Manaf, seorang pelari pecut berpotensi negara untuk di serapkan ke dalam Program Podium Negara? Kalau lah Khairul Hafiz Jantan tidak diserapkan ke dalam program Podium, saya tidak tahu apa yang perlu diperkatakan tentang program ini.
 
Setinggi tinggi tahniah kepada Khairul Hafiz Jantan dengan kejayaan yang telah memberi sinar semula kepada sukan olahraga negara terutamanya dalam acara pecut. Teruskan usaha keras supaya anda akan dapat mencapai potensi terbaik dan sebenar anda. Jangan sesekali berpuas hati dengan pencapaian pencapaian selepas ini. "Sky Is The Limit".
 
Akhir sekali bila hendak dipecahkan rekod Tan Sri Dr. M. Jegathesan "The Flying Doctor" yang di pegang selama 48 tahun dalam acara 200 meter dengan kepantasan 20.98 saat yang di lakukan semasa Separuh Akhir Olimpik Mexico 1968!

Advertisement

Must Watch Video