Masih ada masa lagi untuk Manchester United! Itulah antara ungkapan dan harapan penyokong The Red Devils terhadap pasukan kesayangan mereka.
Kejayaan menumbangkan Chelsea 2-1 di laman sendiri membuatkan pengendalinya, Jose Mourinho, menarik nafas lega kerana walaupun ketinggalan 13 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City, kemenangan yang dilakar baru-baru ini sekurang-kurangnya menjadi pembakar semangat dan mengelakkan mereka dari terus kehilangan mata.
Dalam perlawanan tersebut, Manchester United bangkit dari ketinggalan hasil jaringan Willian sebelum menumpaskan Chelsea dengan jaringan yang dihasilkan oleh Romelo Lukaku dan Jesse Lingard di penghujung babak permainan.
Jose Mourinho mengakui pujian seharusnya diberikan kepada Lukaku hasil aksi yang memukau dalam perlawanan tersebut. Satu jaringan serta bantuan gol yang dihasilkan sudah cukup untuk mengangkat pemain antarabangsa Belgium itu sebagai penyelamat dalam perlawanan penting tersebut.
Beliau telah menerima kritikan sejak tiba di Old Trafford dari penganalisis bola sepak termasuk bekas pemain pertahanan United, Gary Neville, atas rekod buruknya terhadap pasukan yang ternama dalam Liga Perdana Inggeris.
Sebelum ini, beliau dilihat tidak mampu untuk menghasilkan jaringan ketika menentang pasukan besar seperti Liverpool, Manchester City, Tottenham Hotspur,Chelsea dan Arsenal.
Namun, dengan jaringan yang dihasilkan baru-baru ini, beliau berjaya membuktikan dakwaan terhadap dirinya itu adalah salah.
Menurutnya, beliau hanya perlu bekerja keras untuk diri sendiri serta pasukannya,
"Saya fikir saya mempunyai rekod yang bagus, saya banyak menjaringkan gol musim ini dan saya hanya mahu teruskan usaha tersebut," katanya lagi.
"Saya tahu bahawa saya boleh dan benar-benar sedang bekerja keras. Saya mahu memenangi trofi. Kami masih dalam pertarungan dalam dua pertandingan. Ia tidak mudah,tetapi ia adalah suatu cabaran yang baik."
Hasil kemenangan yang dilakar, meletakkan Manchester United berada di tangga kedua dengan 58 mata dibezakan hanya dua mata pasukan di tangga ketiga Liverpool.