APAKAH beza kes pemacu simpanan dengan surat terbuka?
Masih ingat lagi dengan kes dakwaan korupsi dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang kononnya terkandung dalam pemacu pena yang didedahkan oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim?
Urutan peristiwanya begini.
Pada 18 Julai 2016, Tunku Ismail mendakwa menerima pemacu pena yang mengandungi bukti salah laku dalam FAM, termasuk ketirisan dalam penjualan tiket. Dakwaan ini menjadi tular selepas laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers mendedahkannya.
Pada 26 Ogos, Tunku Ismail yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), menyerahkan pemacu pena itu kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Khairy kemudian mendedahkan dalam pemacu pena itu ada 279 halaman berhubung pelbagai maklumat mengenai FAM, lalu menyerahkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2 September.
Sehari sebelum itu, FAM mengeluarkan kenyataan mahu menyiasat siapa dalang yang membocorkan maklumat-maklumat teknikal kepada TMJ.
Akhirnya, pada 5 September, drama pemacu pena selesai apabila SPRM mengeluarkan kenyataan bahawa tiada bukti rasuah daripada maklumat berkenaan.
Surat terbuka pula baru-baru ini dikarang oleh bekas Ketua Jabatan Pemasaran FAM, Sayf Ismail.
Beliau dipetik sebagai mendakwa bahawa rasuah berleluasa dalam FAM, termasuk salah guna kuasa dalam pemberian kontrak dan perbelanjaan yang melampau serta tidak wajar.
Malangnya, luahan Sayf disambut dengan nada sinis.
Keikhlasannya dipertikaikan manakala Tan Sri Aseh Che Mat dan Datuk Wira Yusoff Mahadi menasihati Sayf supaya mengikut saluran yang betul.
Kenapa pula ketika TMJ sebagai orang luar FAM bersuara dahulu, Aseh dan Yusoff tidak mempertahankan badan induk itu?
Sedangkan Aseh adalah pengerusi Jawatankuasa Integriti manakala Yusoff ahli jawatankuasa eksekutif FAM waktu itu?
Perbezaannya cukup jelas. Dwistandard diamalkan.
Sayf yang bertugas dalam FAM untuk tempoh hampir tiga tahun dianggap tidak ikhlas dan ada agenda tertentu.
Dalam tuduhan membabitkan rasuah atau salah laku, tidak wajar dwistandard diamalkan.
Aseh dan Yusoff boleh bila-bila masa saja memberi tekanan kepada barisan kepimpinan FAM baharu untuk membuat satu audit bebas terhadap FAM dan menyiasat dakwaan ini.
Lagipun, ia menepati kenyataan TMJ bahawa beliau mahu membersihkan rumah sejurus disahkan selaku Presiden FAM.
Ini juga menepati gesaan TMJ agar FAM kena bijak mengurus persepsi.
Sayf sebenarnya menggunakan saluran media sosial dan kemudian dipetik oleh portal berita disebabkan sebagai bekas staf FAM, kedudukannya agak unik.
Lagipun, bukankah ini trendnya hari ini, apabila maklumat dikemas kini menerusi media sosial, sebagaimana TMJ menggunakan Facebook Johor Southern Tigers untuk mengkritik FAM dan melontar pelbagai dakwaan?
Bagi rakyat marhaen, saluran betul kadang-kadang sukar ditembusi.
Begitu juga dengan wartawan. Berkajang-kajang ditulis tetapi tiada reaksi positif dalam kalangan pembuat dasar, bahkan lazimnya pemegang jawatan mana-mana organisasi akan menyapu dakwaan-dakwaan ini di bawah permaidani cantik mahupun usang.
Wahai FAM, panggilah Sayf.
Jika dakwaan itu benar, SPRM boleh buka kertas siasatan. Jika tidak, nama FAM dibersihkan dan niat sebenar Sayf akan terbongkar jua.
Sayf warga Malaysia dan ada akses kepada maklumat sensitif. Wartawan pun rakyat Malaysia tetapi terikat dengan undang-undang dan etika.
Benarkah bola sepak milik rakyat?