Kita sudah pun memasuki minggu kedua bulan Syawal, dan rasanya ini adalah Syawal saya yang paling sibuk sekali sepanjang bertugas di Astro Arena.
Malam di Hari Raya yang pertama sudah berada di studio untuk perlawanan separuh akhir Euro 2016 di antara Portugal dan Wales. Hari Raya yang kedua pula, tidak berapa larat nak beraya sebab tugasan ketika perlawanan separuh akhir itu tamat pada jam 6 pagi!
Hari Raya yang ketiga pula, saya dan krew Kem Bola terus berangkat ke Singapura untuk membuat liputan kem pemilihan yang diadakan di Stadium Jalan Besar.
Tipu lah kalau kata tak rindu dengan kampong! Melihat gambar keluarga dan rakan-rakan di media sosial tengah syok beraya, rasa macam teringin sangat nak balik. Tapi tugasan tetap tugasan, dan tanggungjawab perlu dijalankan.
Ketika saya sibuk stalk baju raya orang dekat Instagram, saya terlihat…ramai juga atlit negara kita yang beraya di perantauan!
Baru saya sedar – ini sudah pasti bukan kali pertama mereka tidak beraya bersama keluarga, so who am I to complain…baru kali ini balik kampung lambat sikit, dah sedih.
Yang mereka ini, entah bila kali terakhir merasa pagi raya bersama ibubapa, masih lagi boleh tersenyum lebar menyampaikan salam Aidil Fitri menerusi media sosial!
Selama ini memang saya sedar bahawa atlit negara kita, bukan setakat Hari Raya sahaja mereka jarang ada di rumah tapi pada hari-hari yang lain juga mereka jarang sangat berada bersama ahli keluarga.
Tapi hanya bila saya sendiri yang buat pertama kalinya merasa berjauhan dengan keluarga pada Hari Raya, barulah saya sedar betapa besarnya pengorbanan mereka untuk negara kita.
Kepada atlit negara yang berada jauh dari rumah, yang tidak merasa pagi raya bersama keluarga, terima kasih atas segala pengorbanan yang telah anda lakukan. Mudah-mudahan segala urusan anda dalam karier sukan sentiasa dipermudahkan oleh-Nya. Amin