Skip to main content

Rencana

Berpengalaman dan mantap

300417hokimalaysia.jpg
Barisan pemain pemain Pasukan Hoki Malaysia yang akan membawa cabaran Negara di Kejohanan Liga Hoki Dunia 3 di London pada 15 - 25 Jun 2017 telah diumumkan oleh Konfederasi Hoki Malaysia.

Mereka adalah S. Kumar, Muhammad Hafizuddin Othman, Muhammad Razie Abd Rahim, Muhammad Shukri Abdul Mutalib, Faiz Helmi Jali, Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin, Muhammad Najmi Farizal Jazlan, Fitri Saari, Muhammad Marhan Mohd Jalil, Muhammad Azri Hassan, Nabil Fiqri Mohd Noor, Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi, Meor Muhammad Azuan Hasan, Muhammad Firhan Ashaari, Tengku Ahnad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, Faizal Saari, Muhammad Haziq Samsul, Muhammad Shahril Saabah.

Sebagaimana yang telah dijangkakan dimana barisan Negara di Piala Sultan Azlan Shah hanya satu pertukaran dilihat dimana Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan digantikan oleh Izad Hakimi Jamaludfin. 

Ketua Pasukan akan digalas oleh Sukri Mutalib. Pemain paling senior dalam Skuad kali ini masih lagi Penjaga Gol yang tidak asing lagi iaitu S. Kumar dengan 274 Cap Antarabangsa manakala pemain paling muda adalah Nik Mohamad Aiman dan Najmi Farizal Jazlan masing masing mempunyai 37 dan 31 Cap Antarabangsa.

Pemain pemain yang tidak berjaya memikat hati Ketua Jurulatih Stephen Van Huizen kali ini adalah Ramadhan Rosli, Rashid Baharom, Penjaga Gol Hairi Rahman serta Syed Mohammad Syafiq. Manakala Joel Van Huizen tidak termasuk dalam senarai pemilihan akibat masaalah kesihatan.

Saya melihat barisan kali ini adalah barisan yang begitu berpengalaman.  Lebih 10 pemain yang mempunyai lebih 80 cap antarabangsa menunjukkan sekurang kurangnya mereka ini mengambil masa 4 tahun mewakili Negara untuk mendapatkan Cap sebanyak itu.

Paling menarik adalah pemgalaman pertama Liga Hoki Dunia 3 buat 2 pemain paling muda Negara Nik Mohamad Aiman 21 tahun dan Najmi Farizal Jazlan 22 tahun. Mereka tidak berada didalam Skuad di Antwerp Belgium pada 2015 dimana pasukan Negara menduduki tempat ke 6 seterusnya gagal ke Rio 2016.

Walaupun boleh dianggap cetek pengalaman berbanding pemain pemain lain tetapi preatasi yang cukup baik ditunjukkan oleh kedua dua pemain ini terutamanya semasa perlawanan perlawanan ujian serta di Piala Sultan Azlan Shah baru baru ini menunjukkan mereka bukan hanya "penumpang" semata mata tetapi akan menjadi antara tenaga penting bersama sama pemain pengalaman lain untuk ke Piala Dunia 2018 .

Malaysia yang berada di Kumpulan B bersama Pasukan Ranking 1 Dunia Argentina, tuanramah England, Korea serta China.

"Amat penting untuk Malaysia menamatkan aksi saingan kumpulan sekurang kurangnya ditangga ke 4 berdasarkan ranking Malaysia di Kumpulan B" ujar Stephen Van Huizen. Ujar beliau lagi "matlamat pertama untuk layak ke perlawanan Suku akhir dahulu sebelum merencanakan ke peringkat seterusnya". 

Piala Dunia 2018 akan menyaksikan 16 pasukan bertanding jadi layak ke Suku Akhir Liga Hoki Dunia 3 di London dan Johannesburg di lihat secara matematiknya sudah cukup untuk layak ke India nanti.

Tahniah kepada semua pemain pemain yang terpilih, anda adalah 18 pemain hoki terbaik Negara ketika ini daripada 30 juta rakyat Malaysia. Pergi ke sana dan buatkan rakyat Malaysia bangga dengan anda.

Ayuh Malaysia Ku!

Advertisement

Must Watch Video