Fitri Saari sanggup lakukan apa saja demi memastikan skuad hoki negara menjulang Piala Asia 2017.
Itu pengorbanan perancang utama The Malaysian Hockey Tigers apabila sanggup meninggalkan anaknya, Muhammad Adam Zafran di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang untuk berangkat ke Dhaka, Bangladesh.
"Doktor berkata, keadaan Adam makin baik tetapi serahkan keputusan kepada saya dan isteri. Selepas berbincang, saya ambil keputusan untuk ke Dhaka kerana inilah peluang terbaik untuk mara ke final malah mungkin kami boleh muncul juara," kata Fitri.
Cuba letakkan diri dalam keadaan Fitri, sanggupkah kita meninggalkan anak?
"Keluarga paling utama," detik hati.
Tetapi, ini keputusan Fitri. Dia tidak tenang ketika menyaksikan rakan sepasukan berjuang menewaskan Oman, 7-1 pada aksi terakhir kumpulan.
Malah, tugas lebih penting menjelang Super Four di mana Malaysia akan menentang Pakistan, India dan Korea Selatan untuk menentukan dua pasukan terbaik ke Final.
"Saya tidak bermain ketika Malaysia raih tangga ketiga (pencapaian terbaik dalam sejarah) pada 2007. Selepas menyaksikan semua pasukan beraksi, saya yakin kami mampu juara.
"Saya akan berjuang untuk hadiahkan Piala Asia untuk Adam," kata Fitri sebelum berangkat ke Dhaka.
Inilah kisah atlit negara.
Mereka sanggup korbankan apa saja demi tanggungjawab negara.
Ada yang sanggup rahsiakan masalah supaya rakan sepasukan tidak terjejas, ada yang sanggup berulang -alik beratus kilometer sehari untuk berlatih dan ada yang sanggup melupakan anak yang sakit.
Teringat kisah menimpa penjaga gol negara, S Kumar yang kehilangan anaknya, beberapa hari sebelum Pusingan Kedua Liga Dunia 2015 di Antwerp, Belgium ketika Malaysia berjuang merebut tiket ke Sukan Olimpik Rio 2016.
Kepada Fitri dan Malaysian Tigers, teruskan perjuangan.
Bawa pulang Piala Asia untuk peminat dan Muhammad Adam Zafran.