"Menang itu biasa, kalah itu luar biasa!", Itu mungkin tanggapan orang ramai terhadap Johor Darul Ta'zim (JDT).
Apa tidaknya, kita peminat bola sepak tanahair sering disajikan dengan kemenangan oleh pasukan JDT dalam saingan liga domestik sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Namun, tanggal 18 Februari menjadi detik hitam skuad dari selatan tanahair itu selepas mereka tewas mengejut 2-1 kepada Perak dalam aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh.
Ia kekalahan pertama JDT sejak tumpas 2-1 kepada Felda United pada Ogos 2015 sekaligus menyaksikan rekod 25 perlawanan tanpa kalah Harimau Selatan akhirnya lebur.
Malah, JDT juga tewas buat kali kedua kepada musuh tradisinya The Bos Gaurus di Stadium Perak selepas kekalahan 0-3 ketika aksi Piala Malaysia, Julai lalu.
Penulis yang mengikuti rapat perkembangan pasukan JDT memang tidak menyangka, pasukan yang melengkapkan hatrik Liga Super musim lalu ini boleh mengalami kekalahan seawal aksi keempat liga.
Benar, musim lalu JDT juga pernah tewas tetapi harus diingat ia berlaku dalam kempen Piala Malaysia - pentas yang tidak menjadi keutamaan mereka.
Pada hemat penulis, skuad JDT belum 'settle down' dengan ketiadaan Mario Gomez yang melepaskan jawatannya beberapa hari sebelum sepak mula aksi Piala Sumbangsih menentang Kedah.
Kehadiran Benjamin Mora belum memberi impak kepada pasukan jika prestasi dalam liga setakat ini dijadikan ukuran susulan hanya mencatat satu kemenangan daripada empat perlawanan.
Mora yang berasal dari Mexico, seorang jurulatih yang berjiwa besar walaupun jauh lebih muda dengan beberapa jurulatih lain termasuk Gomez. Namun, dalam bola sepak semangat dan keyakinan belum cukup untuk menawan kejayaan.
Bukan sahaja bermain demi lencana di dada, seorang jurulatih juga perlu memastikan pemain bermain untuknya. Itu antara 'demand' bola sepak di era moden ini, tidak kiralah di mana sekalipun.
Percayalah dan penulis juga cukup yakin JDT cukup cemerlang di bawah bimbingan Gomez kerana faktor itu di samping kehebatan pemain import sebelum ini Jorge Pereyra Diaz.
Jika Mora masih terus gagal memenangi hati pemain, mungkin JDT akan terus bergelut untuk mencapai keputusan positif. Menghuni tangga kelapan liga, sejujurnya penulis berasakan ini bukan JDT!