Liverpool adalah pasukan yang bernilai terbaik dalam Liga Perdana Inggeris musim ini sambil Manchester United menawarkan nilai hiburan terburuk di Old Trafford.
Menurut satu analisis oleh MyVoucherCodes.co.uk, kajian yang dijalankan meninjau setiap satu daripada 92 kelab dalam empat divisyen teratas di England yang menawarkan nilai terbaik terhadap perbelanjaan berkaitan dengan gol-gol yang dijaringkan di tempat sendiri.
Mengambil kira purata harga tiket pada hari perlawanan, segelas bir, sebiji pai dan buku program dalam setiap perlawanan di tempat sendiri dan jumlah gol yang dijaringkan di setiap stadium, nilai bagi setiap gol diwujudkan.

Liverpool menawarkan nilai tertinggi dengan £3.63 setiap perlawanan (60 gol tempat sendiri) manakala Man Utd bernilai £15.36 dengan hanya 36 gol musim ini.
Penyokong Chelsea juga terpaksa membayar harga yang mahal untuk gol-gol di Stamford Bridge musim ini pada kadar £11.58 setiap jaringan – cuma mereka ditebus oleh kejuaraan Liga Perdana.
Pasukan dengan nilai terburuk di United Kingdom adalah Oldham, dengan peminat membayar hampir £20 bagi setiap jaringan (£19.89), dengan Leeds menyusuli rapat dengan satu gol di Elland Road berharga £19.36.
Analisis itu menunjukkan skuad bimbingan Jose Mourinho menawarkan nilai bagi setiap jaringan yang lebih buruk daripada Sunderland.
Carta nilai bagi wang yang ditampilkan MyVoucherCodes.co.uk turut membandingkan penyata jumlah gaji tahunan setiap kelab dengan jumlah mata yang diraih mereka dalam liga.
Daripada segi mata diraih bagi setiap £1 juta untuk bayaran gaji, Tottenham Hotspur yang menduduki tangga kedua dalam liga, terserlah sebagai kelab yang mendapat pulangan terbaik, diikuti oleh Bournemouth dan Everton.

Analisis berkenaan turut mencadangkan bahawa pengendali Spurs, Mauricio Pochettino, dibandingkan dengan pengurus Chelsea, Antonio Conte, barangkali adalah yang paling berhak meraih anugerah Pengurus Terbaik Tahunan bagi musim 2016-17.
Angka-angka yang ditampilkan juga menyerlahkan jurang perbezaan di antara kelab “Lima Terbesar” -- Manchester City, Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool – dengan kelab-kelab lain.
Kelima-lima kelab berkenaan tertakluk dengan membayar gaji lebih £200 juta setahun untuk bersaing merebut empat tangga teratas.
Sebaliknya, kelab seperti Spurs masih mampu mencapai keputusan membanggakan dengan menghabiskan hanya separuh daripada jumlah berkenaan untuk membayar gaji pemain-pemainnya.
Manchester United adalah pasukan yang berbelanja terbesar – mereka membayar £3.57 juta dalam bentuk gaji bagi setiap mata yang diraih dibandingkan dengan hanya £1.3 juta oleh Tottenham.
Bebelanja besar, termasuk membayar £89 juta untuk pemain termahal dunia, Paul Pogba, namun Manchester United tetap menghampakan.