Benjamin Button merujuk kepada watak yang diceritakan oleh F. Scott Fitzgerald dalam nukilan pendeknya bertajuk The Curious Case of Benjamin Button.
Walaupun tidak seagung karya Fitzgerald bertajuk “The Great Gatsby” (salah satu novel klasik kegemaran saya, sekadar berkongsi) yang telah diterjemahkan ke filem pada tahun 2013, The Curious Case of Benjamin Button juga telah diceritakan semula di dalam dunia perfileman.
Ingat lagi tak filem di mana Brad Pitt dilahirkan sebagai bayi yang tua, dan semakin hari semakin muda? Haa, filem itu lah!
Baru-baru ini, Zlatan Ibrahimovic ada mengeluarkan kenyataan: “Saya rasa seperti Benjamin Button -- dilahir tua tetapi akan pergi muda!”
Zlatan menambah lagi, dan sinonim dengan perwatakannya yang angkuh dan yakin, beliau menyatakan: “Semakin lama, saya semakin berbisa.”
Apakah palsu segala kata-kata memuji diri ini? Benci atau suka kepada Zlatan, ada kebenaran di sebalik bait-bait yang diungkapkan oleh pemain berusia 36 tahun ini. 36 tahun dan masih digelar “goal scoring machine” biarpun usianya tidak lama lagi akan mencecah siri keempat.
Apa sebenarnya yang membuatkan Zlatan menggelar dirinya Benjamin Button?
Kita lihat sahaja daripada sudut jaringan gol beliau sepanjang karier.
Sebelum mencecah usia 30 tahun, pemain berasal dari Sweden ini menjaringkan 232 gol selepas 528 perlawanan.
Tipikal sangat cerita tentang pemain bola sepak yang prestasinya semakin menurun apabila usia semakin meningkat -- tidak sama sekali bagi Zlatan!
Menurut statistik beliau selepas mencapai usia 30 tahun, pemain nombor sembilan Manchester ini telah menjaringkan 250 gol selepas 308 perlawanan.
Adakah rekod si ‘Terminator’ ini akan terhenti di sini? Sudah pastinya tidak!
Benjamin Button tidak akan menghampakan peminatnya, percayalah.