Skip to main content

Rencana

Belum ada rezeki Azraai

azraai-khor-070617.jpg
Jika pada Mac lalu, nama jurulatih berpengalaman Azraai Khor Abdullah dikaitkan dengan skuad Pulau Pinang, kini nama beliau sekali lagi dikhabarkan berada dalam senarai untuk mengisi jawatan ketua jurulatih pasukan Melaka United.

Sekarang jawatan kerusi panas masih disandang Eric Williams biarpun terdapat laporan akhbar yang mengatakan khidmatnya telah ditamatkan. Kedudukan pengendali dari England berada dalam keadaan tidak menentu selepas gagal membawa Melaka Unted beraksi dengan cemerlang.

Ada cakap-cakap belakang yang mengatakan bahawa Melaka United mahu mendapatkan pengendali tempatan dan selain dari Azaai, terdapat beberapa lagi nama antaranya Datuk K. Rajagobal.

Penulis merasakan sudah tiba masa buat Azraai kembali mempamer taring setelah lama berehat dari arena bola sepak tempatan. Jika dilihat dari pencapaian, zaman kegemilangan Azraai adalah sewaktu membawa Kedah menjulang 'treble'.

Ditambah pula keadaan Melaka United yang kini agak tenat, Azraai merupakan antara calon tepat yang dijangka mampu membawa Melaka United keluar dari zon penyingkiran. Melaka United merupakan pasukan baru yang layak beraksi di liga super apabila muncul juara liga perdana 2016 di bawah bimbingan Mat Zan Mat Aris.

Namun jodoh Melaka United bersama Mat Zan tidak panjang dan pemilihan Eric Williams selaku pengganti dilihat bukanlah satu pilihan tepat. Diharapkan kali ini pihak pengurusan Melaka United mampu sepakat dalam membuat keputusan bagi mengelakkan pisang berbuah dua kali.

 

Advertisement

Must Watch Video