Bayern Munich memerlukan tujuh tahun lamanya sebelum mampu meraih hak semula untuk tampil dalam final Liga Juara-Juara UEFA (UCL).
Apa pun, kelab gergasi Jerman itu sudah mengesahkan kemaraan, dengan kembali ke tahap
di mana mereka berasa patut berada pada tahun 2020 ini selepas kali terakhir menjulang kejuaraan berkenaan sewaktu di bawah kendalian Jupp Heynckes pada 2013.
Dalam tempoh di antaranya, Bayern empat kali ditunjukkan jalan keluar di peringkat separuh akhir sehinggalah Hansi Flick mengemudi mereka untuk menyusuri liku-liku yang dirintis Heynckes pada awal dekad ini.
Juara Jerman itu terdahulu berhempas-pulas pada awal musim 2019/20 dengan tiga keputusan seri dan tiga kekalahan yang membawa kepada pemecatan Niko Kovac selaku pengurus, dengan kekalahan terburuk 5-1 kepada Eintracht Frankfurt.
Mengambil alih tugasan itu, Flick ditampilkan hanya pengurus sementara dengan kali terakhir memegang peranan pengurus ketika mengendalikan Hoffenheim pada 2005.
Hasil tuah sentuhannya, Bayern hanya tewas dua perlawanan, seri sekali dan meraih kemenangan 34 kali dalam perjalanan mereka untuk menjuarai Bundesliga dan DFB-Pokal.
Dengan kejuaraan berganda itu sudah dimiliki mereka, Bayern kini merenung kemungkinan untuk mencapai gelaran ‘treble’ bagi mengulangi pencapaian barisan kendalian Heynckes pada 2013.
.jpg)
Heynckes kemudian mewariskan tugasnya kepada Pep Guardiola di sebalik jurulatih Catalan itu tidak mampu memimpin kelab itu mengecap kejayaan di peringkat Eropah dalam tempoh pengurusannya.
Sekurang-kurangnya enam pemain daripada skuad hari ini -- Thiago Alcantara, Manuel Neuer, Jerome Boateng, David Alaba, Thomas Muller dan Javi Martinez – adalah sebahagian daripada kumpulan di bawah pengawasan Heynckes tujuh tahun lalu.
Tidak perlu diungkapkan, mereka akan menjadi inspirasi dan tenaga penggerak untuk mengerah rakan-rakan sepasukan baru mereka ke arah satu lagi kejayaan bersejarah.
Bayern kekal selaku pilihan hangat, apatah lagi kejayaan mereka menyingkirkan Lionel Messi dan Barcelona 8-2 di peringkat suku akhir pada 15 Ogos lalu, akan mendatangkan igauan buat lawan.
Hakikat bahawa Thomas Muller (2 gol), Philippe Coutinho (2 gol) dengan jaringan selebihnya oleh Ivan Perisic, Serge Gnabry, Joshua Kimmich dan Robert Lewandowski dalam perlawanan itu membayangkan sukar untuk menidakkan Flick dan barisan pemainnya daripada berada di pentas juara.
Itu, jika dapat disempurnakan, bukan sekadar akan membuat Heynckes tumpang berbangga, malah akan mengangkat Flick dan pemain-pemainnya berada sebaris dengan pasukan terdahulu yang hampir sempurna.