Cukup musykil apabila seorang pengurus pasukan memilih untuk berkias-kias daripada menyatakan perkara sebenar yang terbit daripada gerak hatinya.
Malah, lebih musykil lagi apabila pasukan yang dikiaskannya bersabit dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) FA yang sebahagian pemainnya adalah dari kalangan anggota pasukan beruniform itu sendiri sebagai pemelihara keamanan.
Jika boleh diandaikan kiasannya itu berkisar kepada kembalinya gejala rasuah dalam bola sepak Malaysia – meskipun tidak dinyatakan dengan jelas -- maka tidak bolehkah deduksi dibuat bahawa beberapa pasukan lain turut terjebak atau terbabit sama?
Kalaulah pasukan Polis sekalipun boleh dibeli, apakah yang dapat menghalang pasukan lain – apatah lagi yang bermasalah melunaskan gaji – daripada ‘ditapau’ oleh sindiket kaki judi yang mengatur pertaruhan haram pada skala berjuta-juta ringgit ini?
Selepas lima hingga enam perlawanan dalam musim Liga Malaysia, banyak keputusan di luar jangkaan berlaku, namun tidak cukup untuk mengandaikan ada antara keputusan berkenaan diatur sindiket ‘bookies’ walaupun ia umpama rahsia terbuka bahawa mereka tidak pernah sunyi daripada menjalankan kegiatan gelap mereka.
Sebabnya? Ia hanya didasarkan kepada syak-wasangka semata-mata tanpa ada siasatan menyeluruh, jauh sekali gerakan besar-besaran membanteras bau bangkai daripada kegiatan haram itu daripada terus menular, bermula dari peringkat sumbernya.
Sebarang usaha – kalaupun ada – tidak pun melewati tahap melepas batuk di tangga. Kalaupun baunya sudah mula menusuk hidung, anehnya ramai yang masih boleh berbuat selamba.
Anehnya juga, gejala ini andainya hendak ditangani, memerlukan lebih daripada sekadar isyarat atau kiasan untuk menggerakkan sebarang usaha.
Barangkali juga ia seakan-akan sudah menjadi lumrah untuk semua pihak menantikan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, membuka mulut atau membunyikan semboyan, barulah pihak-pihak berkaitan akan membuka mata.
Semalam, pengurus PDRM FA, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar, membuat pendedahan mula mencurigai beberapa pemain pasukan itu selepas sering menunjukkan prestasi hambar – kalah lima kali dan hanya mengutip satu mata dalam Liga Perdana musim ini.
Dalam keadaan biasa, tambahan pula dengan bola sepak Malaysia yang terpalit aib dicop sebagai hab sindiket mengatur perlawanan di Asia Tenggara, pendedahan seumpamanya harus membunyikan siren sistem penggera kancah bola sepak negara dan pihak-pihak berwajib ke atasnya.
Namun, Kamarul Ariffin sendiri memilih untuk bercakap berlapik dengan menganggap seolah-olah terdapat faktor lain yang menyebabkan PDRM gagal meraih kemenangan meskipun menguasai perlawanan.
Tidak cukup sekadar merehatkan jurulatih, Fauzi Pilus – yang mungkin hanya menjadi mangsa keadaan atau pengkhianatan – PDRMlah yang sepatutnya menunjukkan jalan dengan membuat laporan rasmi agar siasatan dapat dijalankan – bukan hanya berdiam diri apabila pasukan Polis sendiri yang terpalit dengannya.
Pada masa sama, syak-wasangka dalam pasukan PDRM itu turut menolak masalah gaji sebagai “umpan” buat bookies kerana mereka bukan seperti yang lain-lain -- bonus tetap diberikan kepada pemain di sebalik kekalahan sebelum ini.
"Saya berasakan (ada) sesuatu yang mengganggu gugat pasukan ini," kata Kamarul Ariffin kepada Nadi Arena yang didasarkan kepada kegagalan PDRM gagal meraih kemenangan meskipun menguasai perlawanan.
"Pasukan yang menghadapi masalah kewangan boleh pula mencatat kemenangan sedangkan kami melunaskan gaji tepat pada waktunya setiap 15 haribulan.
"Kakitangan kerajaan pun belum dapat gaji, pasukan PDRM dapat gaji lebih awal. Bonus perlawanan yang kami berikan juga lebih tinggi, iaitu RM2,000 berbanding sesetengah pasukan Liga Super yang menawarkan RM1,000," ujarnya.
Dua musim lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pemain MISC-MIFA kerana disyaki mengambil wang rasuah daripada bookies sebagai habuan untuk menentukan keputusan perlawanan Liga Perdana.
Seorang daripada yang ditahan adalah pemain import berusia 29 tahun manakala dua lagi pemain tempatan berusia 26 and 27 tahun yang dipercayai menerima wang rasuah antara RM10,000 hingga RM30,000 untuk menentukan keputusan sesuatu perlawanan.
Berselang dua tahun, pendedahan pengurus PDRM itu semalam mengembalikan persoalan dan desakan terhadap perlunya bau bangkai ini disiasat semula.
Kita tunggu respons Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) – atau kedua-duanya barangkali mahu menunggu Syed Saddiq bersuara.