Ketika pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi menjuarai Grand Prix Argentina, April lalu, ada juga peminat yang menganggap dia hanya bertuah.
Antara komen menarik, saya masih ingat gurauan pelumba Sky Team Racing, Romano Fenati yang minta tunjuk ajar Khairul sebelum perlumbaan pusingan ketiga di Amerika Syarikat.
"Pawi drive me please, I need it," katanya dalam laman web rasmi Motogp.
Saya mempunyai dua pandangan sama ada dia benar-benar mahu Khairul mengajarnya dalam perlumbaan litar basah atau sekadar gurauan sinis.
Akhirnya, Khairul gagal menaiki podium di Amerika Syarikat.
Fenati pula selepas itu berjaya mengekalkan rentak konsisten dan menduduki ranking ketiga keseluruhan selepas lapan pusingan, menjelang GP Jerman.
Takdir tuhan, Litar Sachsenring, Jerman juga basah.
Khairul yang menunggang jentera Honda bermula di petak ke-20, mula tersenyum kerana dia memang gemar beraksi di atas litar basah.
Pelumba kelahiran Perak itu berjaya memintas seorang demi seorang lawan hingga satu ketika beraksi sendirian sebagai pendahulu.
Khairul melintasi garisan penamat selaku juara dengan catatan 47 minit 07.763 saat sementara Fenati sekadar tangga ke-18.
Sekarang bagaimana?
Khairul sudah dua kali bergelar juara dengan musim 2016 berbaki sembilan lagi perlumbaan sementara Fenati belum pernah merasai podium tertinggi.
Saya harap selepas ini pelumba Itali itu datang berjumpa Khairul dan mohon tunjuk ajar secara serius. Baru hang tau!