Skip to main content

Advertisement

Rencana

Bangkitlah Malaysia Ku

zaquan.jpg
Hanya sedikit kealpaan telah memusnahkan harapan Tan Cheng Hoe untuk melihat anak didiknya berhadapan dengan Oman pada perlawanan akhir Piala Air Marine apabila Malaysia tewas 0-1 kepada Singapura.

Kesilapan pada sembilan minit terakhir itu telah memusnakan segala-galanya apabila Akhram Mahinan dan Irfan Zakaria yang berhampiran Khairul Amri tidak memberi tekanan padanya dan akhirnya Khairul Amri berjaya melakukan hantaran tepat kepada Faris Ramli yang begitu tenang memperdayakan Khairul Fahmi untuk pastikan jaringan kemenangan Singapura.

Inilah hakikatnya dalam bola sepak apabila sesebuah pasukan itu tidak mengunakan kesempatan dengan peluang-peluang yang dimiliki walaupun menguasai permainan tidak semestinya akan menang. Ini yang terjadi kepada pasukan negara apabila peluang-peluang yang dimiliki tidak dimanafaatkan oleh pemain-pemain negara.

Mereka menunjukan permainan yang baik terutama pada separuh masa kedua dimana Malaysia berjaya menguasai permainan. Setelah kemasukan Abdul Halim Saari mengantikan Norshahrul Idlan Talaha permainan sungguh berbeza darpada separuh masa pertama, dimana Malaysia mula menunjukan falsafah bola sepak Malaysia yang sebenar dengan permainan hantaran-hantaran pendik dan menyerang secara berperingkat-peringakat dari setiap bahagian.

Ini sudah pasti melegakan Tan Cheng Hoe apabila anak didiknya berjaya menunjukan permainan sebenar kepada Singapura dan mengikut arahannya. Tetapi nasib tidak menyebelahi Tan Cheng Hoe apabila Singapura berjaya melakukan jaringan pada sembilan minit terakhir menuju tamat perlawanan. Sudah pastilah kekalahan itu mengundang kekecewaan kepada Tan Cheng Hoe kerana gagal mencapai KPI Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam Piala Air Marine ini dimana FAM menyasarkan juara kepada Tan Cheng Hoe. Bangkitlah Malaysia ku lupakan kekalahan itu demi perjuangan mengangkat dan menjulang nama negaraku. Buktikan yang kamu boleh bangkit.

Advertisement

Must Watch Video