Skip to main content

Rencana

Bagaimana Jose Mourinho selamatkan musim United

mourinho.jpg
Sudah pasti menerusi ego dia sebagai ‘The Special One”………

Mourinho hadir ke Manchester United dengan reputasi tercalar susulan pengkhianatan daripada segelintir bintang Chelsea yang dengan ajaibnya kembali menyinar bersama Antonio Conte.

Sepanjang musim dunia melihat perubahan dalam diri Mourinho,tidak lagi lantang dan ada ketika tenang tanpa emosi di kawasan teknikal.

Tetapi ini Mourinho, apa sahaja dia lakukan akan mengundang kritikan, ternyata media di England lebih sayangkan Jurgen Klopp, Pep Guardiola meskipun mereka tidak memenangi apa-apa musim ini.

Tetapi sebelum sampai kepada cerita bagaimana ego Mourinho diterjemahkan kepada musim yang menakjubkan buat United ,Mourinho perlu menyelamatkan dirinya.

April 16 2017, Old Trafford, Manchester United 2-0 Chelsea, Mourinho membuktikan dia adalah istimewa dengan menyerlahkan kelemahan yang boleh dieksploitasi dalam diri sang juara.

Satu aksi taktikal dalam bola sepak, bagaimana dia boleh buat Conte buntu dan pada masa sama merantai Eden Hazard yang tenggelam dalam bayangan Ander Herrera. 

Dendam Terbalas……..

Bagaimanapun pada ketika itu, United bergelut dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan kekalahan kepada Arsenal menuju penghujung kempen membunuh harapan untuk layak secara merit ke Liga Juara-Juara Eropah.

Mujur ada Final Liga Europa dengan kemenangan bukan sahaja menjanjikan satu trofi bahkan kelayakan ke Liga Juara-Juara.

Dalam keadaan terdesak “The Special One” bangkit semula dengan mengenepikan saingan domestik,menyifatkan tiga perlawanan liga terakhir sebagai tidak membawa sebarang erti sambil memperjudikan kejayaan dan kegagalan dalam satu perlawanan.

Pengkritik dan penyokong pasukan lain sudan bersedia untuk menyelar Mourinho dan United andai mereka rebah di tangan Ajax Amsterdam di Stockholm.

Tetapi selepas 90 minit di Friends Arena, dunia melihat Sang Istimewa dijulang semula dan lebih penting mengembalikan United di kalangan elit Eropah.

Senyuman Sinis Kepada Pengkritik………..

Gagal dalam pertemuan final itu maka, United terpaksa menanggung malu sekadar menamatkan kempen di tangga keenam.

Tetapi ini Mourinho, dalam situasi genting dia tahu apa yang perlu dilakukan kerana menurut kata-katanya sendiri,dia bukan pakar kegagalan seperti Arsene Wenger.

Memandang kepada musim 2017/2018 penyokong United boleh mula mengimpikan untuk merasai semula kegemilangan persis dibawah Sir Alex Ferguson.

Tidak keterlaluan juga untuk saya katakan bahawa United akan menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim depan.

Kerana United dan Mourinho adalah entiti luar biasa dan sudah ditakdirkan untuk dua elemen ini membuktikan mengapa mereka Istimewa dalam sejarah bola sepak dunia.

 

Advertisement

Must Watch Video