Skip to main content

Rencana

Badi musim ketiga

kedah.jpg
Kedah sedang melalui fasa sindrom tiga tahun. 

Selepas menempuhi tiga tahun penuh gemilang, merampas kejuaraan Liga Perdana pada 2015, Piala Malaysia 2016 dan Piala FA 2017 atau setidak-tidaknya beraksi sebagai finalis, Lang Merah mengakhiri saingan musim ini dengan tangan kosong. 

Masalah dalaman yang tercetus di sebalik melantik semula Roman Marcote sebagai jurulatih idaman penyokong, perkara sebaliknya berlaku apabila sentuhan beliau gagal mencetuskan impak pada peringkat awal saingan sehingga membawa kepada pertukaran membabitkan beberapa jurulatih. 

Situasi dilema sebegini bukanlah yang pertama buat Kedah. 

Pada era dominasi mereka pada 2007 dan 2008, Kedah mempertahankan tiga gelaran pada semusim yang menjadi penanda aras baru Liga Malaysia (Liga M). 

Kedah kemudian bagaikan hilang taring apabila khidmat pemain import pula tidak dibenarkan pada 2009. 

Entah di mana silapnya, Kedah kembali melalui jalan berliku yang sama. 

Badi musim ketiga bukanlah asing dalam Liga M. 

Antara pasukan yang pernah melalui fasa ini dalam  era Liga Super termasuklah Selangor, Kelantan dan Pahang. 

Mereka berdepan dilema hampir serupa, masalah dalaman membabitkan soal gaji, motivasi dan keinginan pemain untuk mencapai kejayaan mula diragui. 

Bagaimanapun, Kedah tidak harus membiarkan sisi negatif ini berlarutan kerana pemain berpengalaman seperti Baddrol Bakhtiar boleh mengingatkan rakan sepasukannya, betapa peritnya apabila tersingkir ke Liga Perdana dan untuk bangkit dari bawah semula. 

 




 

Advertisement

Must Watch Video