Kegagalan mengawal emosi dan bertindak di luar batasan akhirnya mengundang padah buat Farizal Marlias apabila dijatuhkan hukuman gantung selama 12 bulan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) gara-gara keterlanjurannya.
Tidak cukup dengan itu, penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT) itu juga dikenakan sejumlah denda besar AS$40,000 (RM170,626) disebabkan insiden mengasari pengadil dalam perlawanan separuh akhir Piala AFC di Stadium Panaad, Bacolod City, Filipina, 31 Mei lalu.
Hukuman berat itu sudah dijangka kerana AFC memang begitu tegas dalam tidakan dan mementingkan disiplin dalam sukan bola sepak selain perlu menghormati antara satu sama lain.
Ini satu pengajaran yang berguna kepada semua pemain bola sepak dalam Liga Malaysia supaya lebih bertindak profesional selepas ini dan tidak bertindak mengikut emosi sebagaimana yang kita dapat lihat dalam kancah pertandingan tempatan.
Apabila berlaku sahaja keputusan-keputusan pengadil yang mereka rasa tidak tepat, pemain mula menunjukan bantahan dengan melakukan provokasi kepada pengadil, begitu juga kepada jurulatih.
Perkara-perkara begini sering berlaku di dalam Liga Malaysia walaupun kita semua maklum ada sedikit kelemahan dalam sistem pengadilan. Namun, itu bukan menjadi alasan kepada pemain untuk sewenang-wenangnya mengambil tindakan sendiri.
Kenapa semua ini berlaku?
Apakah kita semua sudah mengkaji puncanya?
Bagaimana kita ingin mengatasinya?
Pada pendapat penulis, kenapa ini berlaku berpunca daripada kelemahan seseorang pemain dan jurulatih itu memahami dan mendalami "Laws of the Game" itu sendiri.
Inilah puncanya di mana segelintir pemain dan jurulatih tidak pernah membaca sendiri buku undang-undang bola sepak ini.
Sekiranya mereka membaca dan memahami isi kandungannya, penulis pasti pemain-pemain akan lebih menghormati apa-apa pun keputusan daripada pengadil dan mereka juga perlu peka dengan setiap kempen yang sering dilakukan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebagaimana yang terdapat pada kain rentang berwarna kuning dan biru yang tertulis "FAIR PLAY"semasa perarakan masuk pasukan.
Sekiranya ingin mengatasi masalah ini, pendedahan dari peringkat akar umbi perlu dilakukan, di mana setiap pemain dan jurulatih akar umbi bukan sahaja diberitahu tentang undang-undang asas tetapi perlu diberi penerangan dengan jelas apa yang terkandung dalam buku "Laws of The Game".
Kerjasama daripada semua ahli gabungan amat penting kerana dengan pendedahan ini berkemungkinan boleh membantu membina jati diri dan ahlak yang lebih baik daripada seseorang pemain itu apabila didedahkan dengan ilmu sivik ini.
Penulis juga ingin mengingatkan kepada pencinta-pencinta bola sepak bahawa dalam bola sepak ini, ada tiga elemen yang begitu penting perlu diingatkan selalu kepada anak-anak serta perlu dipegang oleh jurulatih, tidak kira di peringkat akar umbi atau senior, iaitu EDUCATION, PSYCHOLOGY dan FOOTBALL.
Sekiranya semua memahami tiga elemen ini, penulis yakin Malaysia mampu melahirkan generasi pemain-pemain yang mempunyai akhlak yang tinggi.
Kepada Farizal Marlias pula, ambillah peluang pengantungan ini untuk membuat satu program "road tour" atau kempen kesedaran bersama JDT kepada generasi muda di peringkat akar umbi di atas hukuman yang anda terima ini.
Jangan takut untuk menjadikan diri anda sebagai contoh dan sekiranya berbuat demikian, anda akan lebih dihormati.