Keputusan ketua jurulatih, Roelant Oltmans menyenaraikan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal menghadapi Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2019 sememangnya tidak sia-sia.
Setakat dua perlawanan ini, saya melihat Azrai Aizad boleh dikatakan telah membalas kepercayaan Oltmans selepas memilihnya dalam barisan 18 pemain terbaik.
Pemain tengah berusia 20 tahun ini berjaya menghasilkan impaknya yang tersendiri ketika menentang Poland.
Persembahan bagus itu membolehkan Oltmans dan barisan kejurulatihan memilih Azrai Aizad dalam kesebelasan utama untuk aksi kedua menentang Jepun semalam.
Daripada pengamatan saya, corak permainan Azrai Aizad ketika menentang Poland tidak menunjukkan gaya seorang pemain yang baru membuat kaps senior yang pertama di peringkat antarabangsa.
Keyakinannya yang tinggi, tidak gemuruh dan prestasi dipamerkan seolah-olah anak jati Perak itu telah mewakili Malaysia dalam banyak kejohanan antarabangsa sebelum ini.
Pemain dari pasukan Tenaga Nasional Berhad ini juga mempunyai kawalan bola yang baik selain tidak mudah kehilangan bola atau melepaskannya kepada pihak lawan.
Saya juga tertarik dengan kebolehan Azrai Aizad terutama 3D skil yang mengelirukan pemain lawan dan kepantasan yang dimiliki selain berani membuat keputusan dalam waktu singkat ketika diasak pihak lawan.
Bagi saya, Azrai Aizad boleh menjadi aset buat skuad negara kerana selain kebolehan dimiliki, dia juga bukan jenis pemain yang bermain cara selamat kerana keberaniannya untuk mencabar pemain pasukan lawan.
Apa pun, saya tidak mahu Azrai Aizad mendabik dada terlalu awal tetapi produk dari Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson ini perlu mengekalkan prestasi cemerlang ini dalam perlawanan-perlawanan seterusnya.