Skip to main content

Bola Sepak

Harimau Malaya: 'Saya masih rakyat Jepun, saya cinta Malaysia tapi...'

mabao

Pertahanan Kuching City, Yuki Tanigawa, berkongsikan dirinya 'cintakan Malaysia', namun masih belum bersedia menukar kerakyatan Malaysia selepas sudah melepasi tempoh lima tahun beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) untuk bergelar pemain naturalisasi.

Terdahulu tular pemain berusia 29 tahun itu yang berpotensi memperkuatkan skuad kebangsaan menerusi proses naturalisasi seiring dengan nama-nama lain seperti pemain Johor Darul Ta'zim, Bergson da Silva, Manuel Hidalgo, dan pemain Kuala Lumpur City, Giancarlo Gallifuoco.

"Buat masa sekarang saya masih rakyat Jepun. Saya memang cintakan Malaysia, tetapi saya tidak mahu memberi komen lebih lanjut mengenai perkara itu." katanya seperti dilaporkan media tempatan.

 

 

 

Untuk rekod, pemain import Kuching City yang memacu pasukannya muncul naib juara Piala Malaysia 2025/26 itu memilih wanita tempatan untuk menamatkan zaman bujangnya pada 2023.

Pertahanan tengah itu mula berkelana ke Liga Malaysia (Liga-M) pada 2020 sebelum kembali ke pangkuan Kyoto Sangyo dan beralih ke Kelantan United dan seterusnya menjadi tonggak penting buat Kuching City sehingga kini.
 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video