Skip to main content

Kriket

YSD Malaysian Super Women Series 2026: Central Super Girls buka kempen dengan kemenangan, hujan bukang penghalang

YSD Malaysian Super Women Series 2026: Central Super Girls buka kempen dengan kemenangan, hujan bukang penghalang
Advertisement

Cuaca hujan dan beberapa kali gangguan perlawanan tidak menghalang Central Super Girls memulakan kempen YSD Malaysian Super Women Series 2026 dengan langkah kanan selepas menewaskan Eastern Lioness menerusi kaedah Duckworth-Lewis-Stern (DLS).

Central Super Girls mencatat kemenangan 11 larian dalam perlawanan yang menyaksikan keadaan cuaca memaksa aksi dihentikan beberapa kali.

Advertisement

Dalam perlawanan itu, Central Super Girls mengumpul 82 larian dengan kehilangan lapan wiket, sebelum Eastern Lioness hanya mampu mencatatkan 46 larian dan kehilangan kesemua 10 wiket.

Keputusan tersebut memastikan Central Super Girls meraih kemenangan pertama, sekali gus memberikan suntikan keyakinan untuk menghadapi baki saingan kejohanan.

Advertisement

Pemain terbaik perlawanan, Aisya Eleesa Erni Firdaus, menyifatkan kejayaan itu sebagai pemangkin semangat buat seluruh pasukan untuk meneruskan momentum positif.

“Kemenangan pertama ini memberikan lonjakan semangat kepada pasukan bagi saingan kali ini. Kami menggunakan peluang ini untuk meneruskan momentum untuk perlawanan akan datang,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Central Super Girls, Pramuka Liyanage, memuji disiplin anak buahnya yang berjaya mengekalkan fokus meskipun perlawanan terganggu akibat perubahan cuaca.

Menurutnya, pemain berjaya mematuhi perancangan taktikal yang ditetapkan dan tidak membiarkan situasi di luar kawalan mereka menjejaskan tumpuan.

“Ini adalah sebahagian daripada permainan. Mereka berjaya kekal fokus, mengikut setiap perancangan sekali gus memenangi perlawanan,” katanya.

Kemenangan itu memberikan permulaan positif buat Central Super Girls dalam persaingan musim ini, selain membuktikan keupayaan pasukan menyesuaikan diri dengan keadaan permainan yang tidak menentu.

Dengan momentum awal sudah berada di tangan, cabaran seterusnya adalah mengekalkan konsistensi bagi memastikan mereka terus menjadi antara pencabar utama kejuaraan.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video