Antara Selangor mahupun Buriram, aksi kedua final Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee 2025/2026 malam ini bakal menentuan siapa bakal menjadi juara!
Malaysia diwakili Selangor yang berdepan cabaran getir selepas tewas tipis 0-1 pada aksi final pertama minggu lalu.
Kini, skuad kendalian Kim Pan-gon perlu bangkit di bumi Thailand untuk mengubah nasib dan menjulang Piala Shopee buat kali pertama.
Bagaimanapun, Buriram United pastinya mahu mempertahankan kelebihan di hadapan penyokong sendiri bagi memastikan gelaran kekal menjadi milik mereka.
Adakah sejarah bakal tercipta buat Selangor atau status juara Asia Tenggara kekal milik Buriram United?
Saksikan aksi final kedua ACC Piala Shopee 2025/2026 secara langsung di Astro Arena malam ini.
FINAL 2 ACC SHOPEE CUP: INFO SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) SELANGOR VS BURIRAM UNITED
Tarikh: 27 Mei 2026 (Rabu)
Saluran: Astro Arena Bola (803)
Masa: Bermula 7.30 malam
Venue: Chang Arena, Buriram, Thailand
Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau Sooka dan maklumat terkini di Stadium Astro!