Skip to main content

Badminton

Roslin Hashim beri pandangan karakter di atas gelanggang Leong Jun Hao

j

Bekas perseorangan lelaki nombor satu dunia, Roslin Hashim, menasihati Leong Jun Hao agar memiliki karakter tersendiri dan mengubah pola mentalitinya dalam permainan jika berhasrat melonjak ke ranking 10 terbaik dunia.

Pemain kebangsaan itu sekali lagi ditunjukkan jalan keluar dalam pusingan pertama Terbuka Singapura selepas tumpas dalam aksi tiga set menentang pemain ranking ke-32 dunia dari Taiwan, Lee Chia Hao.

Menerusi pemerhatiannya, Jun Hao berupaya menutup aksi tersebut dengan kemenangan setelah berjaya menang 21-18 dalam set pertama.

Namun, skrip sama tentang corak permainan Jun Hao apabila berada dalam mata genting, dia masih gagal untuk memanfaatkan peluang terhidang yang akhirnya mengakibatkan tewas pada dua set berikutnya.

"Mentaliti berpunca daripada atlet itu sendiri -- macam mana pembawakkan dirinya sebagai seorang atlet berprestasi tinggi.

"(Misalnya) tentang persediaan mereka untuk menghadapi kejohanan.

"Segalanya sudah diberikan jadi seseorang (atlet itu) kadang-kadang kena fikir aspek ini dan berikan yang terbaik," katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video