Saingan berbasikal trek dalam Sukan Asia Indonesia melabuhkan tirainya semalam, menyaksikan skuad negara meraih satu pingat emas, satu perak serta satu gangsa.
kejayaan itu menepati sasaran ditetapkan iaitu hanya satu emas berbanding edisi empat tahun lalu di Incheon, di mana ketika itu Fatehah Mustapa meraih perak acara keirin wanita, selain gangsa buat Josiah Ng bagi acara keirin lelaki.
Kali ini, harapan disandarkan kepada bekas juara dunia keirin 2017, Azizulhasni Awang, yang mengetuai barisan pelumba muda seperti Muhammad Shah Firdaus Sahrom serta Muhammad Fadhil Zonis.
Nyata satu permulaan yang baik buat trio ini apabila tanpa diduga meraih perak acara pecut berpasukan lelaki selepas kecundang kepada China dalam aksi final di samping memecahkan rekod kebangsaan selama 10 tahun yang sebelum ini dilakukan oleh Azizulhasni, Josiah serta Rizal Tisin ketika temasya Olimpik Beijing 2008.
Kini, di Velodrom Antarabangsa Jakarta, kelibat Josiah serta Rizal masih lagi kelihatan tetapi dengan lencana yang berbeza.
Bagaimanapun, sebelum itu, penulis sambung semula tentang prestasi skuad negara, detik keemasan hadir pada hari keempat apabila Azizulhasni pamer kayuhan cukup bertenaga untuk menewaskan pelumba Jepun, Tomohiro Fukaya, bagi meraih emas acara pecut individu.
Ia merupakan pingat emas kedua buat Azizulhasni di pentas Sukan Asia selepas mengungguli acara keirin pada edisi 2010 Guangzhou.
Keyakinan yang cukup tinggi dibawa olehnya menuju ke hari terakhir saingan menerusi acara kegemarannya iaitu keirin.
Selepas menyimpan tenaga dalam aksi pusingan pertama dan separuh akhir, tumpuan sememangnya kepada Azizulhasni untuk lengkapkan kejayaan berganda di final.
Namun, peluang yang dimiliki pelumba Thailand, Jai Angsuthasawit, menyaksikan dia memintas Azizulhasni serta Yutta Nidai dari Jepun untuk menghadiahkan pingat emas buat negara Gajah Putih itu bagi acara keirin.
Siapa jurulatih Jai? Tidak lain tidak bukan sudah semestinya Josiah yang menyertai barisan kejurulatihan Thailand, awal tahun ini.
Penulis percaya segala strategi serta taktikal yang dimiliki Azizulhasni telahpun dapat dibaca oleh Josiah sekaligus membantu anak didiknya itu melakar kejayaan yang cukup bersejarah.
Kejayaan itu menjadi kebanggaan paling besar dalam karier kejurulatihan buat Josiah setakat ini manakala Rizal baru dilantik sebagai jurulatih skuad Singapura bagi membentuk mereka untuk capai sasaran meraih kedudukan podium dalam edisi empat tahun lagi di Hangzhou, China.
Jadi, secara keseluruhannya satu pulangan yang cukup baik buat skuad berbasikal trek negara tetapi perlu waspada dengan kemampuan Josiah dan Rizal untuk membentuk pelumba luar yang pastinya tidak sabar untuk menewaskan Azizulhasni.