Meskipun Malaysia ketinggalan satu gol seawal saat ke-30, pasukan hoki negara bangkit menewaskan Pakistan 3-2 dalam perlawanan pertama buat kedua dua pasukan dalam Kumpulan Super 4s di Dhaka, semalam.
Kumpulan Super 4s adalah format baru yang diperkenalkan oleh Persekutuan Hoki Asia (AHF) dalam Kejohanan Piala Asia 2017.
Dua pasukan teratas dalam Kumpulan A dan B layak ke Kumpulan Super 4s. India, Malaysia, Korea Selatan dan Pakistan akan bermain secara round robin dan dua pasukan teratas akan layak bermain dalam perlawanan akhir.
Fitri Saari, yang baru tiba di Dhaka dari Malaysia pagi semalam selepas berada di sisi anaknya, Adam Zafran, yang sakit di Hospital Serdang, tidak diletakkan dalam kesebelasan utama menentang Pakistan.
Selepas ketinggalan 0-1 daripada jaringan Umar Bhutta, Stephen Van Huizen memasukkan dia menggantikan Azri Hassan. Percaturan Stephen jelas memberikan tonik yang diperlukan oleh pasukan negara untuk bangkit semula.
Razie Rahim menamatkan kemarau jaringan dengan menjaringkan gol penyamaan menerusi pukulan sudut penalti pertama yang diperoleh.
Akibat kelekaan pertahanan pasukan negara, Pakistan menambah jaringan menerusi gol padang yang dijaringkan oleh Muhammad Yaaqoob pada minit ke-20.
Tetapi semangat pemain-pemain negara tidak luntur dek ketinggalan sekali lagi apabila Shahril Saabah menjaringkan gol penyamaan 2-2 pada minit ke-25. Kedudukan ini kekal sehingga tamat suku yang kedua.
Permulaan baik yang diharapkan daripada barisan negara dalam suku ketiga menjadi kenyataan apabila Haziq Samsul dikasari di dalam kawasan D Pakistan oleh penjaga gol, membuatkan Malaysia dihadiahkan pukulan penalti yang berjaya disudahkan dengan tenang oleh Fitri pada minit ke-33 untuk gol ketiga negara.
Walaupun tidak memperoleh pukulan sudut penalti dalam dua suku terakhir, Malaysia bermain sebagai satu unit yang berdisiplin tinggi. Semua pemain pemain, terutamanya apabila bertahan, mereka bertahan dengan mantap.
S. Kumar, penjaga gol pasukan negara, yang terpaksa berkorban daripada menyambut Deepavali bersama keluarga di Tampin, bermain dengan begitu cemerlang sekali.
Saat Pakistan hampir dapat menjaringkan gol menerusi gerakan pukulan sudut penalti, dia dengan tangkas menyelamatkan gawang gol Malaysia dengan menggagalkan tiga percubaan berturut-turut Pakistan.
Dengan kemenangan ini, pasukan negara dapat mengurangkan sedikit tekanan untuk merebut dua tempat teratas untuk layak ke perlawanan akhir.
Dua lagi perlawanan sukar akan mereka lalui, berdepan India dan selepas itu Korea. Kini hanya satu lagi kemenangan yang diperlukan untuk ke perlawanan akhir daripada dua perlawanan itu nanti.
Secara peribadi, saya melihat kemenangan ke atas Pakistan ini harus dihadiahkan buat Fitri dan Kumar di atas pengorbanan yang telah mereka berikan.
Kepada pemain-pemain, jangan leka dan dibuai keseronokan daripada kemenangan ke atas Pakistan, malah mereka harus teruskan fokus kerana ‘peperangan’ belum lagi tamat. Kemenangan ini hanya kemenangan dalam empat pertempuran setakat ini.
Anngaplah kemenangan dalam perlawanan akhir nanti adalah kemenangan negara dalam peperangan ini.