“Dah tak relevan dah Matyo tu, dah habis dah zaman dia,” kata satu hantaran dalam Facebook.
“Kalau coach letak Matyo, bukan saya saja yang tak setuju, banyak lagi penyokong yang tak setuju. Daripada turunkan Matyo, lebih baik turunkan pemain muda,” kata satu hantaran lain.
Ada juga komen yang bernada sinis: “Korang jangan nafikan (peranan) Matyo. Dengan duduk di bangku simpanan, dia membawa kemenangan Malaysia tau.”
Berita mengenai jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe, kelmarin bakal mempertimbangkan kelibat Norshahrul Idlan Talaha bagi mengisi kekosongan Syafiq Ahmad yang digantung untuk pertemuan dengan Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok, nampaknya mengundang banyak reaksi.
Daripada ratusan yang tak bersetuju, tidak segelintir pun yang menyokong sambil majoriti yang menghargai sumbangan masa silamnya bersama skuad kebangsaan, lebih gemar memilih untuk berdiam diri daripada mempertahankannya.
Tapi saya kenal sangat dengan Matyo – dia seorang pejuang meskipun melakukannya secara senyap-senyap tanpa mahu didendang -- laksana seorang profesional sejati.

Setiap kali dipanggil bagi tugasan skuad kebangsaan, dia tetap akan datang menyahut tuntutan di sebalik tubuh berusia 33 tahunnya harus menuntut untuk dimanja-manjakan dengan istirahat pada penghujung satu musim yang panjang.
Berapa ramai di luar sana yang memahami jerih-perih seorang pemain kebangsaan yang tidak pun dijanjikan habuan kekayaan melainkan untuk memperhambakan diri demi lencana di dada.
Bukan baru-baru ini saja peminat bola sepak sering mempersendakannya tapi dia tidak pernah ambil pusing komen-komen mereka yang langsung tidak membina, sebaliknya akur kepada keperluan pasukan dan jurulatih yang masih menaruh kepercayaan terhadap fungsi yang boleh dimainkannya.
Buat seorang penyerang yang membuat penampilan sulung bersama skuad kebangsaan ketika menentang Bahrain pada 28 Oktober 2007, Norshahrul atau Matyo sudah menempuh satu perjalanan yang panjang.

Tiga kali berturut-turut bergelar Pemain Paling Bernilai (MVP) di antara 2010-12 – mahkota yang kini diwarisi Safawi Rasid buat dua tahun terakhir ini – tiada mana-mana pemain dalam pasukan kebangsaan kini yang mampu mengatasinya daripada segi pengalaman.
Harus itu jugalah yang dinilai Cheng Hoe sebagai kelebihannya di sebalik pemain itu mungkin tidak lagi setangkas dan sepantas dulu.
Tapi sebagaimana penyerang veteran dalam mana-mana pasukan sekalipun, apa yang diperlukan adalah hanya satu atau dua peluang untuk diterjemahkan kepada jaringan, yang mungkin kesudahannya menjadi gol kemenangan.
Tarikh 5 Disember 2018 harus tidak akan luput daripada tinta sejarah yang memahatkan namanya selaku penjaring gol kedua untuk mengikat Thailand 2-2 di Stadium Rajamangala yang membawa Malaysia ke final Piala AFF.
Diggantikan pada minit ke-66 oleh Akhyar Rashid dalam kemenangan 3-2 ke atas Indonesia (5 September lalu), digantikan J. Partiban pada minit ke-61 dalam kekalahan 1-2 kepada UAE (10 September), digantikan Akhyar pada minit ke-56 dalam kekalahan 0-1 kepada Vietnam (10 Oktober) dan direhatkan dalam kemenangan 2-1 ke atas Thailand, Khamis lalu, Matyo harus tidak berharap untuk berada di padang selama 90 minit.
Rekod terkini itu membayangkan Norshahrul mampu memberi sumbangan selama kira-kira sejam dan andai diberikan tempoh itu berdepan Indonesia malam esok, siapa tahu dia yang akan menghadirkan perbezaan di antara kedua-dua pasukan.
Barangkali hanya dengan satu atau dua peluang, Matyo akan mampu menutup mulut-mulut lancang ke atasnya buat sekian lama.