Selepas kecelaruan keputusan video bantuan pengadil (VAR) di beberapa liga, ia akhirnya akan diambil alih oleh FIFA.
Sebelum ini VAR dibawah kawalan Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB), yang juga merupakan penggubal undang-undang sukan bola sepak.
Kini VAR akan dikawal selia oleh ketua bahagian pengadil FIFA Pierluigi Collina, dan turut dibantu ketua Pembangunan Bola Sepak FIFA , Arsene Wenger.
Mereka berdua akan menetepkan beberapa implementasi baru yang wajib diikuti kesemua negara dan liga seluruh dunia.
Penulis merasakan penggunaan VAR dilihat berlainan mengikut liga dan negara, sekaligus mencetuskan keputusan yang kadang kala tidak masuk akal.
Cuba anda bayangkan pemain yang bermain perlawanan peringkat antarabangsa bersama negara menghadapi perbezaan peraturan ketika beraksi di peringkat domestik bersama kelab.
Wenger sebenarnya dilihat kurang senang dengan keengganan pengadil di Liga Perdana Inggeris untuk menggunakan monitor tepi padang untuk membuat keputusan VAR.
Yelah, yang berada di atas padang, pengadil lain, tetapi yang buat keputusan, pengadil yang berada di dalam bilik kawalan berhawa dingin dengan beberapa monitor ulang tayang.
Situasi itu dilihat berbeza dengan apa yang dilakukan pengadil di La Liga mahupun Bundesliga.
Akibatnya pada minggu lepas, Liga Perdana Inggeris mengakui mereka salah membuat keputusan VAR , bukan 1 tetapi 3 situasi berbeza dalam perlawanan liga.
Bayangkan anda sudah ada VAR sebagai bantuan, tapi masih silap dalam membuat keputusan!
Selain itu, terdapat beberapa situasi sama yang berlaku menyaksikan keputusan berbeza dikeluarkan.
Sebagai contoh,terjahan Eddie Nketiah ketika perlawanan menentang Leicester City yang dilayangkan kad merah dan ketika perlawanan Liverpool menentang Arsenal, Trent Arnold melakukan terjahan yang sama; namun hanya dilayangkan kad kuning, sehingga mencetuskan perdebatan di laman sosial.
Wenger juga dilihat cuba menyakinkan Collina dalam usaha untuk mengubah peraturan offside yang juga menjadi isu ketika ulang tayang di dalam VAR.
Dia menyatakan seseorang pemain perlu dikira ‘onsite’ jika mana-mana bahagian badan yang boleh menjaringkan gol selari dengan pertahanan terakhir, walaupun bahagian badan lain berada di depan.
Menurutnya, peraturan baru ini akan memberi kelebihan kepada penyerang malah memberi bayangan keputusan daripada VAR akan lebih cepat untuk diterima.
Jadi harapnya lepas ni, tak ada la lagi nak kena buat grid sambil ukur berapa milliliter tangan pemain tu lebih dengan badan pertahanan lawan.