Bulan Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia apabila kita akan diuji dengan menahan nafsu, lapar dan dahaga serta melakukan amal ibadah yang dituntut.
Atlet-atlet negara tidak terkecuali. Bulan Ramadan ini, atlet-atlet negara harus meneruskan latihan dan yang mana menyertai kejohanan antarabangsa, mereka akan tetap menyertainya.Tidak ada istilah rehat pada bulan Ramadan buat atlet-atlet negara.
Pasukan bowling negara buat masa ini berada di Amerika Syarikat untuk menyertai Professional Women's Bowling Association Tour 2017 dan mereka akan berada di sana selama sebulan.
Pasukan hoki wanita dan lelaki pula akan ke Brussels, Belgium dan London untuk menyertai Liga Hoki Dunia 3 pada bulan Jun ini dalam misi melayakkan diri ke Piala Dunia 2018.
Saya juga pasti ada lagi atlet negara daripada sukan sukan lain yang akan ke luar negara sama ada menjalani latihan atau menyertai kejohanan dalam bulan Ramadan ini.
Lebih-lebih lagi Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 hanya berbaki lebih dua bulan lebih sahaja lagi sebelum acara tertentu bermula pada 14 Ogos 2017.
Tidak berpeluang berbuka bersama keluarga sekerap masyarakat Islam yang lain sudah menjadi lumrah kepada mereka. Ada antara mereka tidak dapat pulang beraya oleh kerana tarikh kejohanan jatuh ketika umat Islam menyambut hari raya juga saya pasti pernah dirasai oleh sesetengah atlet ini.
Badan-badan sukan dunia tidak mengambil kira tentang Ramadan dan Syawal dalam merangka jadual tahunan kejohanan sukan masing-masing, menyebabkan kadang kala ia jatuh pada dua bulan yang mulia ini bagi umat Islam di seluruh dunia.
Pada bulan Ramadan, jadual latihan juga terpaksa berubah mengikut kesesuaian sukan dan atlet terbabit. Jika kebiasaan latihan akan dijalankan pada pagi hari, tengah hari dan petang seperti sukan hoki latihan biasa dijalankan sama ada pada sebelah tengah hari untuk latihan bebanan manakala latihan padang pula dilakukan hanya pada sebelah petang ataupun selepas berbuka puasa pada sebelah malam.
Jika pada sebelah petang, ketepatan waktu amat penting di mana tamat sahaja latihan terus masa untuk berbuka. Ketika berbuka, pemain-pemain hanya harus mengambil makanan yang ringan-ringan sahaja dan hanya selepas latihan barulah makan makanan yang berat.
Saya masih ingat lagi semasa saya mewakili pasukan negara pernah bertanding sewaktu bulan puasa, iaitu kelayakan Olimpik Atlanta di Barcelona, Sepanyol pada tahun 1996. Begitu mencabar sekali.
Sukan Olimpik 2012 London juga telah diadakan semasa bulan puasa. Bayangkan sahaja betapa mencabar dan pengorbanan yang harus dilakukan demi negara oleh atlet-atlet negara kita ini.
Pasukan hoki lelaki kita pernah melaluinya juga pada tahun 2015 di Belgium ketika Liga Hoki Dunia 3 turut menjadi kelayakan ke Rio 2016. Pada masa itu, kita gagal layak ke Rio.
Mengimbas kembali waktu silam saya menjalani latihan sewaktu bulan puasa, lalu saya dapat membayangkan satu bulan ini yang harus dilalui oleh atlet-atlet kita ketika ini.
Pengorbanan harus dilakukan walaupun sukar kerana masa inilah yang harus ditempuhi untuk memastikan tahap fizikal kita dapat dikekalkan supaya ia tidak merencatkan persiapan pasukan atau atlet menjelang kejohanan sebenar nanti.
Pasukan hoki lelaki negara hanya akan tiba di tanah air pada 3 Syawal manakala pasukan wanita pula boleh dikatakan akan beraya di Brussels. Tabahkan hati dan anggap ini adalah pengorbanan buat negara kita Malaysia.
Sebagai seorang bekas atlet negara yang memahami pahit-getirnya, saya ingin mengucapkan kepada semua atltt negara, termasuk atlet para, selamat mengharungi bulan Ramadan yang barakah ini dengan tabah. Semoga pengorbanan kalian diberi rahmat dan diberkati dan diberikan kejayaan yang setimpal.
All The Best dan Good Luck!