Selamat datang ke Ipoh.
Spekulasi kehadiran Mehmet Durakovic di Ipoh minggu lalu akhirnya terjawab apabila turun mengendalikan sesi latihan skuad Perak pada pagi Rabu.
Ia juga menyaksikan jodoh Atok Weigang bersama skuad Perak berakhir.
Mehmet, bekas pemain dan jurulatih Selangor, pernah menyatakan kepada penulis yang dia tetap akan ke Malaysia bersama mana-mana pasukan kerana Malaysia sudah sebati dengan dirinya dan keluarga.
Kehadiran Mehmet cukup penting bagi barisan pemain pemain Perak yang berada di bawah penjajahan mental selama dua bulan di bawah kendalian Weigang.
Ya, betul Atok Weigang tegas tapi kadang-kala perlu diselang-selikan dengan cara yang lebih santai dan bersahaja. Elemen ini ada pada Mehmet. Shahrom Kalam telah merasainya.
Mungkin dalam kalangan peminat tidak mengetahui aksi berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT), hujung minggu lalu, telah memaksa pegawai tertinggi Perak merubah kesebelasan awal yang diberikan Atok demi mencari kemenangan penting.
Ia bersebab. Pertamanya, pemain yang sememangnya punya karektor dan keupayaan yang diketahui umum, diletakkan selaku pemain simpanan.
Keduanya, pihak pengurusan sudah memantau suasana tak menentu membabitkan Atok dan anak buahnya sebelum ini.
Perak sebenarnya beruntung kerana berjaya menyunting Mehmet.
Dia punya sifat keterbukaan dan sedia menerima pandangan bukan sahaja dalam kalangan pemain, pegawai, malah dalam kalangan wartawan sukan juga.
Kini misi penting Mehmet ialah untuk membawa adunan pemain muda, senior dan berpengalaman yang mereka ada sebaik mungkin.
Untuk Atok Weigang...
Pohon Selasih di dalam kolam
Anak haruan berenang-renang
Terima kasih orang Perak ucapkan
Budi Atok Weigang jadi kenangan.
Untuk Mehmet Durakovic..
Kapal dagang dari seberang
Sarat muatan kayu meranti
Dari Melbourne Mehmet datang
Yob dan Yong sudah menanti.