Beberapa jam sebelum sepak mula perlawanan akhir Piala FA di antara Arsenal dan Chelsea, suasana di bilik berita Astro Arena bingit seketika membincangkan perkara ini.
Penulis diajukan pelbagai soalan mengenai kemampuan Arsenal dan hampir kesemua wartawan bertugas ketika itu, antaranya Ahmed Shahrazad Sani, Syamil Izwan Azizan, Fadzrie Hadzis serta barisan penolong penerbit dan penerbit mengatakan malam ini (semalam) bakal menjadi milik The Blues.
Penulis hanya senyum tipis mengetahui Arsenal, final Piala FA bukanlah sesuatu yang asing. Tidak dinafikan musim ini Arsenal gagal mengakhiri kedudukan empat terbaik seperti kebiasaannya, tidak cukup dengan itu, Skuad The Gunners terpaksa menelan perit bermain dalam Liga Europa (kelas dua) setelah sekian lama beraksi dalam Liga Juara-Juara.
Ditambah kemerosotan prestasi beberapa pemain utama seperti Olivier Giroud dan Mesut Ozil, namun perlawanan akhir Piala FA adalah satu saingan yang berlainan.
Penulis enggan mengulas panjang tentang gol-gol yang dijaringkan, cuma mahu menarik perhatian pembaca mengenai beberapa trivia tentang kejayaan Arsenal merangkul Piala FA kali ini.
Di sebalik prestasi yang terumbang-ambing dan sering diejek tempat keempat liga milik Arsenal (Cuma bukan musim ini), skuad The Gunners melakar satu rekod menjulang kejuaraan Piala FA untuk kali ke-13, satu rekod yang tidak pernah dilakar oleh mana-mana pasukan lain.
Cuma satu sahaja fakta yang masih membuatkan penulis dalam dilemma, kejayaan ini juga bermakna Arsene Wenger menambah satu lagi rekod cemerlang dalam kariernya, menjulang tujuh kejuaraan Piala FA sepanjang membimbing The Gunners -- satu rekod yang tidak pernah dilakar dalam sejarah liga bola sepak Inggeris.
Adakah Wenger masih relevan dan akan diberikan kepercayaan mengemudi pasukan ini? Penulis juga kurang pasti, namun apa yang jelas London masih merah dan Arsenal masih mampu tamatkan musim ini dengan satu trofi.