Bukan menjadi perkara asing bagi The Gunners apabila pemain biasa yang dibimbing menjadi pemain bintang mula mencari jalan keluar untuk meninggalkan Highbury (dahulu) dan kini Emirates apabila tiba jendela musim perpindahan.
Dari Ashley Cole, Robin Van Persie, Cesc Fabregas, Bacary Sagna, dan juga Gael Clichy,masing-masing berhijrah ke kelab lain di liga perdana inggeris dengan gaji yang lebih lumayan dan kini skrip hampir serupa dilihat terjadi kepada Alexis Sanchez.
Tonggak utama The Gunners yang meledakkan 24 gol liga musim 2016/17 kini dikhabarkan bakal berhijrah ke Manchester City dengan nilai hampir 50 juta pound beserta gaji mingguan yang diminta. Situasi ini ternyata membuatkan Arsenal berada dalam dilema sama ada mahu mengekalkan Sanchez dengan tawaran gaji baru ataupun menjualnya memandangkan kontrak yang tinggal hanya berbaki 12 bulan sahaja.
Pemain antarabangsa Chile berusia 28 tahun itu dilaporkan meminta gaji sehingga 400 ribu pound seminggu, yang membuatkan pengurusan The Gunners pening dalam mencari jalan penyelesaian. Tangga gaji yang terlalu tinggi itu turut memberikan kesan kepada juara bundesliga, Bayern Munich yang pada mulanya menunjukkan minat terhadap Sanchez, tetapi bajet yang diperlukan untuk Sanchez terlalu tinggi.
Namun, Dayang merasakan pasukan mewah seperti Manchester City dilihat tidak berdepan masalah dengan permintaan Sanchez dan andainya perpindahan ke Etihad menjadi kenyataan, peminat Arsenal pasti kecewa kerana terpaksa kehilangan seorang lagi pemain tonggak utama yang berhijrah ke pasukan pesaing di liga.
Berdasarkan laporan media antarabangsa yang Dayang baca, Arsene Wenger dikatakan rela Sanchez menamatkan kontrak 12 bulan di Emirates dari dijual kepada pasukan yang beraksi di liga perdana inggeris.
Dayang berpendapat, Wenger perlu melakukan sesuatu yang luar biasa bagi mengekalkan khidmat Sanchez memandangkan penyerang Chile itu adalah mesin gol. Biarpun kehadiran Lacazette bakal memperkuatkan jentera serangan Arsenal, namun khidmat Sanchez tidak boleh dipandang sepi kerana dia bukan pemain yang biasa-biasa.