Membaca tajuk rencana di atas pasti membuatkan banyak pihak tertanya-tanya;
'dia ni sembang pasal apa ni?'
'penulis merepek apa ni?'
Namun ayat 'apek tua yang gila bola, powerrr dowhh taktikal dia' sebenarnya adalah reaksi spontan rakan penulis waktu berada di kedai mamak sambil layan perlawanan semi final B-23 Piala AFC antara Vietnam bertemu Qatar.
'Apek tua' yang dimaksudkan ialah Park Hang Seo. Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Vietnam. Penulis sudah beberapa kali menyaksikan kelibat Apek di kaca tv, namun belum benar-benar mengetahui profil beliau secara mendalam. Tanpa lengah masa, terus carian dibuat di Google sampai habis bateri telefon penulis.
Habis 'stalk' profil Apek ni, satu je penulis nak cakap. Memang Apek ni gila bola!
Beliau merupakan seorang pemain bola sepak profesional bermain untuk kelab dan negara kelahirannya, Korea Selatan. Namun namanya lebih dikenali selepas bergelar jurulatih. Masih ingat sejarah gemilang Korea Selatan di Piala Dunia 2002 mara ke separuh akhir di bawah bimbingan Guus Hiddink? Apek ni lah penolong jurulatih masa tu. Gempak kan?
Gila bola punya pasal, Apek berusia 62 tahun ni, sanggup bekerja tanpa bayaran sewaktu mempersiapkan skuad bawah 23 tahun Korea Selatan menghadapi Sukan Asia 2002. Selepas dipecat dari Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA), beliau meneruskan kerjaya dengan membimbing kelab-kelab domestik di negaranya.
2017 merupakan tahun di mana beliau mula dikenali di Asia Tenggara. Vietnam berjaya mendapatkan khidmat Park Hang Seo selaku ketua jurulatih untuk skuad senior dan belia, di sinilah sejarah mula tercipta. Penulis senaraikan beberapa perlawanan penting yang dimenangi Vietnam di bawah bimbingan Park Hang Seo.

Pada Piala AFC B-23, Vietnam menumbangkan Australia, Iraq dan Qatar untuk melangkah ke pentas final, yang merupakan pencapaian tertinggi Vietnam di dalam Piala AFC.
Pada Sukan Asia 2018, Apek berjaya membimbing Vietnam menewaskan Jepun, Bahrain dan Syria, yang sekaligus membuka mata pihak lawan dengan keupayaan Vietnam.
Paling diingati khususnya oleh peminat bola sepak Malaysia ialah pencapaian mendadak Vietnam yang berjaya merangkul Piala AFF Suzuki 2018, kejayaan pertama Vietnam selepas 10 tahun. Malaysia merupakan lawan Vietnam di pentas final dan Harimau Malaya terpaksa akur tewas kepada pasukan yang lebih baik.
Pada Piala Asia 2019, Vietnam berjaya menyertai lapan pasukan terbaik kejohanan selepas mengenepikan Jordan dan Yaman, bagaimanapun mereka terpaksa akur tumbang kepada Jepun di peringkat suku akhir.
Perenggan di atas adalah sebahagian dari kejayaan-kejayaan hasil tangan figura bernama Park Hang Soo yang kini meletakkan Vietnam berada di tangga ke 94 ranking FIFA, perbezaan 60 pasukan dengan Malaysia yang berada di tangga 154. Tak banyak beza pun kan?
(Vietnam-134 Malaysia-161 Ranking FIFA Kemaskini 11 Dec 2016) *sebelum perlantikan Park Hang Seo
Park Hang Soo dinobatkan sebagai Jurulatih Tahunan AFC pada 2019, yang sekaligus menyaksikan Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) dengan segera menyambung kontrak beliau untuk tiga tahun berserta dengan pasukan kejurulatihannya.
Paling membuatkan penulis rasa yang Apek ni gila bola adalah apabila beliau sendiri membina sebuah banglo mewah yang didiami bersebelahan dengan pusat latihan pemain bola sepak kebangsaan Vietnam . Gilalah! Apek ni memang makan bola tidur bola lah!
Ditanya mengapa memilih lokasi bersebelahan pusat latihan, beliau secara berseloroh menjawab tugas kejurulatihan akan menjadi lebih mudah dan ianya merupakan satu kelebihan buat dirinya kerana mempunyai akses yang dekat.
Amacam? Untung tak Vietnam dapat jurulatih yang obses dengan bola sepak macam ni? Biarpun gaji Park Hang Soo memecahkan rekod Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) dengan gaji termahal, tapi ini baru orang kata pelaburan yang berbaloi. Alah membeli, menang memakai.