Secara tiba-tiba, dunia tenis wanita kecoh selepas kembalinya ratu tenis Russia, Maria Sharapova, daripada penggantungan.
Sharapova pada mulanya digantung dua tahun sebelum dikurangkan kepada 15 bulan oleh Persatuan Tenis Wanita (WTA) selepas bersalah mengambil dadah meldonium ketika kejohanan grand slam Terbuka Australia tahun lalu.
Terbuka Stuttgart di Jerman menjadi kejohanan pertama Sharapova selepas setahun lebih tidak memegang raket.
Namun, kembalinya Sharapova tidak disenangi beberapa pemain tenis wanita lain, apatah lagi dia mungkin berpeluang muncul dalam kejohanan grand slam Terbuka Perancis.
Paling lantang bersuara, pemain tenis Kanada, Eugenie Bouchard, yang sama sekali beranggapan Sharapova patut digantung seumur hidup atas kesalahannya .
“Saya rasa perkara ini tidak betul. Dia (Sharapova) seorang penipu, dan saya rasa pemain yang menipu tidak patut diberi peluang untuk kembali beraksi. Ia tidak adil kepada pemain yang bersih dan tidak mengambil bahan terlarang”
“Saya rasa WTA menghantar mesej yang salah kepada pemain-pemain muda: Menipu dalam sukan, dan kemudian kita menerima anda semula dengan tangan terbuka.”
Komen pedas itu nyata tidak disenangi peminat Sharapova, yang bertindak menyerang Bouchard di laman sosial Instagram pemain itu.
Pada mulanya, Sharapova tidak mahu mengambil kisah komen yang diberikan, namun akhirnya memberi kenyataan balas yang ringkas dan sedikit ‘kejam’.
“Saya rasa tiada apa yang perlu diperkatakan. Saya berada satu tahap di atas daripadanya.”
Sharapova perlu melangkah ke final terbuka Stuttgart untuk layak menyertai pusingan kelayakan Terbuka Perancis, namun pemain berusia 29 tahun itu terkandas dalam separuh akhir.
Kekalahan ini menyaksikan beliau gagal menempatkan diri dalam ranking 200 pemain, dan memerlukan tiket ‘wildcard’ yang biasanya diberikan kepada pemain muda tempatan dan yang baru pulih daripada kecederaan.
Keadaan itu dikhabarkan tidak disenangi beberapa pemain wanita lain, antaranya Agnieszka Radwanska dan Carolina Wozniacki, apatah lagi Terbuka Perancis tahun ini tanpa kehadiran beberapa nama besar seperti Serena Williams, Victoria Azarenka dan Petra Kvitova.
Radwanska antaranya mengeluarkan kenyataan mempertikaikan tiket ‘wildcard’ yang diterima Sharapova di Stuttgart.
“Bermula kejohanan di Jerman, kemudian di Sepanyol dan beliau (Sharapova) tidak mendapat tiket di Grand Slam Paris dan London, dan ia patut dikekalkan begitu. Dia patut mendapat tempat melalui keputusan yang cemerlang di atas gelanggang.”
“Dia tidak akan mendapat peluang langsung untuk mendapatkan tiket ‘wildcard’ daripada saya (jika saya sebagai pengarah teknikal kejohanan).”
Memburukkan keadaan, ejen Sharapova , Max Eisenbud, membalas kenyataan itu yang tidak disenangi pihak WTA sendiri.
“Pemain ‘journeyman’ seperti Radwanska dan Wozniacki tidak pernah memenangi Grand Slam, malah kini telah diatasi oleh pemain muda. Mereka bijak untuk menghalang Maria ke Paris. Tiada Serena, tiada Maria, tiada Vika (Azarenka), tiada Petra, ini peluang terakhir mereka untuk menang.”
Namun, diberitakan Presiden Persekutuan Tenis Perancis, Bernard Giudicelli, ada melakukan perjumpaan bersama Sharapova di Los Angeles bagi membincangkan isu hangat ini.
“Dia merupakan juara sebenar yang melalui saat sukar. Saya akan bercakap dengan Guy Forget (pengarah kejohanan) dan akan membuat keputusan yang betul.”
Nasib Sharapova sama ada mendapat tiket ‘wildcard’ di Roland Garros hanya akan diketahui pertengahan bulan ini.
Tenis Terbuka Perancis yang bermula 28 Mei ini menyaksikan kenaikan 12 peratus daripada segi hadiah kemenangan yang berjumlah keseluruhan EURO36 juta.
Pemenang akan menerima EURO2.1 juta, meningkat sebanyak 100,000 daripada tahun lalu manakala pemain yang kalah seawal pusingan pertama akan menerima EURO35,000.